Wednesday, December 12, 2012

Menunggu Keputusan X RAY IBU, MAK DARA

As salam duhai teman..
Mak Dara bersama adik Mak Adza Rina sedang menunggu keputusan XRAY yang dijalan keatas ibu Mak Dara. Kami sekarang berada di DAMAI SERVIS HOSPITAL MALAWATI. Ibu mak dara ada terjatuh pada minggu lepas dan sejak dari hari itu dia asyik mengadu sakit di belakang. Dah ke klinik beberapa hari yang lepas namun sakitnya tetap tak hilang. Maka kami adik beradik sepakat untuk membawa ibu untuk jalani X RAY. Rasanya dengan ujian X RAY dapat lebih gembaran apa yang berlaku kepada pinggang Ibu.. Takut jugak kalau ada yang retak atau patah.. Better be safe dan sorry kan...





Doakan semoga ibu Mak Dara tiada apa apa yang serius ya.. Amin

Published with Blogger-droid v2.0.8

BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI


Assalam duhai teman.. 
Bersama lagi kita dalam slot BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. Blogger mana pula yang menjadi pilihan Mak Dara hari ini? Meh Mak Dara khabor kan dan marilah kita berkenalan dengan mereka ye.. Blogger pilihan Mak Dara hari ini ialah.. 
sYuhAdA sALLeH
http://www.syuhadasalleh.my/


Adik Shuhada mempunyai 3 blog kesemuanya iaitu blog syuhada's shop,sYu90 & cOnteSt dan sYuhAdA sALLeH. Comel benarkan header blog blogger Shuhada ini kan. Jom berkenalan dengan syuhada klik di link ini http://www.syuhadasalleh.my/ untuk ke blog beliau.

Glamorous Blogger MrJocko

Blog Mr Jocko ni memang sempoi habis.. Setiap entry entrynya memang menarik. Setiap entry dalam blog beliau pasti terselit dengan gambar gabar yang sangat menarik..Jom ramai ramai kita terjah ke blog Mr Jocko @  http://www.mrjocko.com/

Blog Keperawatan

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Ferry Nurse . Ferry Nurse adalah pemilik kepada Blog KeperawatanMenjenguk ke blog saudara Ferry memang membuka mata Mak Dara dalam topik kesihatan. Bermacam macam entry mengenai kesihatan terdapat dalam blog ini. Semua perkongsian dan ilmu dicurahkan oleh beliau kepada semua pembacanya.. Mari sama sama kita mengenali blogger ini . Klik di sini http://askep-net.blogspot.com/ untuk ke blog beliau ye.. 

Steffany Daphney

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Steffany Daph. Steffany ni memang besttt dan sempoi.. Dan yang paling best beliau antara pengomen tegar di blog Mak Dara. Hampir semua entry terbaru Mak Dara . Tenkiuuu sangat sangat Steffani.. You are the best hehehe.. Jom kenali Steff ya.

"Boleh panggil saya Steff. Masih lagi belajar. Punya 6 ekor kucing yang cute dekat rumah. Suka blog dan facebook. Ada juga akaun Tumblr and Twitter, tapi jarang buka. Nak keep in touch more frienly, boleh email saya or do follow my blog. Salam 1 Malaysia, ^_^ ."Jom terjah ramai ramai ke blog Steffany @ http://steffanylife.blogspot.com/

Blogger terakhir pilihan Mak Dara pada hari ini ialah blogger P#eoniX. Blogger P#eoniX adalah pemilik kepada blog MAI SINGGAH . Adik  P#eoniX ni 
memang selalu support Mak Dara sejak dari dulu lagi. 
Maka itulah saja blogger Pilihan Mak Dara untuk hari ini. Jutaan terima kasih Mak ucap
kan kepada mereka dan anda semua yang tetap setia melayan entry meroyan mak ni hehehe
Mak sangat sangat hargainya.. 

Kepada sesiapa yang mahu Mak promote blog anda .. Ada ke? hehe Ok kalau ada anda boleh baca cara caranya di link ini ya Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian . Mak akan promote blog anda kaw kaw punya hehehe 
Hmmm siapa bakal mak pilih untuk jadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA esok ye.. mungkin juga anda.. insyaallah tungguuuuuuuuu 

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Meninggal Dunia



"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011". ~Bernama

Terkejut benar apabila Mak Dara mendapat tahu tentang pemergian ini. Setiap tahun setiap kali tibanya bulan puasa dan hari raya pasti akan menunggu nunggu pengishtiharan tarikh puasa dan pengishtiharan hari raya oleh beliau.. Tak lengkap rasanya bila  tidak mendengar pengishtiharan puasa dan raya daripada beliau sejak beliau bersara pada awal tahun lepas.. Semoga roh Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah diletakkan di kalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH.....



12.12.12 : 12.12 (WW)