Saturday, December 15, 2012

Kisah Pelamin Dan Pukul Tiga Pagi



As salam duhai teman pada tepat pukul tiga pagi ini mak dara bersama somi dan sepupu mak baru sahaja selesai membuat pelamin untuk majlis pernikahan sepupu mak dara esok.. Kenapa baru nak buat pelamin? Kisahnya sepupu mak dara iaitu Kak Na sepatutnya menjalankan akad nikahnya di sebuah masjid di kangar ni tup tup ada masalah sikit maka plan b terus bertukar lokasi di rumah.. Nak sewa pelamin memang tak sempat dahhh maka apa lagi kami pun mulakan projek pelamin dan akhirnya berjaya adakan sebuah pelamin serba ringkas dan simple.. Untuk majlis nikah je rasanya memadai... Nak tengok pelamin tu jap mak kasi upload..
Ha pelamin yang pertama tu untuk pengantin perempuan.. Yang kedua tu untuk pengantin dan tok kadi jalankan akad nikah.. Buat pun tadi dalam pukul 1 pagiebih tadi lepas sesi pakaikan inai pada pengantin.. Kiranya kami buat dua pelamin tu dalam masa sejam lebih je.. Pk lah kan hehe.. Ok nak tidor dulu esok takut lambat pulak nak bangun untuk majlis nikah itu.. Good night semuaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.8