Saturday, December 22, 2012

Sesak Sesesaknya



Sesak memang sesesaknya jalan menuju ke Pord Dickson ni.. Sejak dari tadi bermula dari Shah Alam kini di Nilai ambil masa selama dua jam lebih.. Adoiiii kalau macam ni pukul berapa boleh sampai ke PD ni.. Dugaan oh dugaan.. Rupa rupanya ramai teman teman mak juga telah tersekat dalam jem.. Kata mereka jem dimana mana sejak dari pagi tadi.. Nasib baiklah handphone ada line internet boleh le layan Fb dan berblogging kalau tak mahu mati kutu dalam kerata ni huhuhu...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Ikut Jangan Tak Ikut

As salam duhai teman.. 
Al kisahnya somi Mak Dara Martias Ali ada tugasan dan terpaksa ke Pord Dickson untuk mesyuarat Persatuan CCIG ( Creative Content Industry Guild) ni persatuan tentang industri industri seni tanah air lah senang cerita.. Berbelit kalau nak explain dalam english hehehe.. Dan dia ke sana selama tiga hari.... Mak dah mula nak feeling feeling sedih dah.. Baru je nak kempungkan pipi dan nak muncungkan mulut ala ala duck face nak kasi hubby kesian dia dah keluarkan kalam mengajak Mak Dara untuk temankan dia di sana.. Perghhhh pucuk dicita pucuk ubi mendatang.. Apa lagi.. Ikutttt jangan tak ikut....

I followwwwwwww hehehe

Maka kami akan bertolak ke PD sebentar aje lagi. Anak anak pun dah tak kisah nak ikut sebab baru je beberapa hari lepas kami balik dari ke Perlis dan Hadyai maka letih pun masih berbaki lagi. Lagipun di rumah Ibu mak dara yang hanya selang beberapa pintu aje dari rumah mak dara ada ramaiiiiii sepupu sepupu mereka datang dan tidur di rumah Ibu. Jadi bila dah jumpa geng terus lah tak nak ikut.. 

Pada teman teman mak dara yang di dikasari erkkk dikasihi hehe jaga diri baik baik semasa ketiadaan mak dara ini.. Selalu selalu lah menjenguk ke blog Mak Dara ini ye.. Mak akan cuba update jika ada le wifi di sana tu nanti.. Take care ye tata titi tutuuuuuuuuuuu....