Bercanda di tepian pantai.. err tepi swiming pool je sebenarnya.. Salam duhai teman.. Hari ini merupakan hari kedua Mak Dara di Thistle Hotel Pord Dickson.. Mak Dara telah diajak oleh somi ke sini beberapa hari yang lepas.. Sebenarnya somi Mak Dara menghadiri mesyuaratnya di sini iaitu untuk mesyuarat Persatuan CCIG (CREATIVE CONTENT INDUSTRY GUILD)
. CCIG ni persatuan tentang industri industri seni tanah air lah senang
cerita.. Berbelit kalau nak explain dalam english hehehe.. Dan dia ke
sana selama tiga hari... Jadi Mak kira follow je lah dia.. Sejak dari semalam somi mak sibuk dengan mesyuaratnya di bilik mesyuarat di hotel ini. Namun tiap kali ada break atau waktu makan somi mak akan ajak mak keluar makan dan jalan jalan keliling hotel ni.. Jadi sempat le nak berangan dan berdating kat tepi swiming pool ni kejap petang tadi hehehe
Tak dapat lama lama jalan jalan dengan somi mak petang tadi sebab dia kena sambung semula dengan mesyuaratnya itu...
somi mak di bilik mesyuarat
Somi Mak Dara sedang berbincang

yang di hujung kanan itu adalah Zed Zaidi dan Hafsham

orang kuat CCIG
Haaa itu time somi mak tengah break dari mesyuaratnya lah.. Dan bila somi mak masuk balik ke bilik mesyuaratnya..... Mak Dara.....


