Sebentar sahaja lagi akan bermulalah tayangan Behind The Scene/ belakang tabir pembikinan drama bersiri PLANET KIARA . Rancangan ini akan mula ditayangkan di TV3 pada pukul 6:30 petang nanti.
Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)
Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini..