Friday, December 28, 2012

Blogger Ini Membakar Semangatku Untuk Terus Berblogging

Oh benarkah apa yang ku baca ni.. Adakah komen ini ditujukan pada diriku.. Betul ke ni..? Entah entah silap orang tak? Is she talking about me? Me.. the meroyan blogger and the winner of worst blog of the year?? haaa punya konpius sampai terkeluaq bahasa omputih mak. Haa tu belum keluaq bahasa Kedah pekat Mak Dara lagi tu hehe.. Pasti ada yang kata kompom meroyan mak dara dah datang kalau dah mukadimah entry dia dah merapu macam ni haha sangkaan anda benar belaka.. Maunya tak meroyan mak dibuatnya bila ada seorang blogger yang sangat sweet dan baik hati meninggalkan komen seperti ini di entry Mak Dara Belakang Tabir Dan Live Streaming semalam.. Nak tahu apa yang ditulisnya....
 .


Itulah yang telah ditulis oleh Blogger RUZILA pemilik blog Ella's Episodes Oh tiba tiba dalam keadaan mak dara yang agak "murung" "kesedihan" "kebimbangan" akan ibu Mak Dara yang kurang sihat tiba tiba diterangi oleh kata kata indah ini. Terima kasih RUZILA atas komen Ruzila itu ia benar benar membakar semangat Mak Dara untuk terus berblog. Terima kasih Ruzila, you make my day.. aiseymen speaking london lagi hehe... Jom ramai ramai kita terjah ke blog Ruzila . CUma klik di SINI untuk ke sana ;)


Begitu juga dengan semua pembaca blog mak dara . Termasuk yang silent reader atau yang tak berapa nak silent atau yang yang tak silent langsung.. Setiap sorang dari anda amat bermakna untuk Mak Dara. Setiap kunjungan anda.. Setiap niat untuk klik dan melawat blog Mak dara.. Setiap patah komen yang anda tinggalkan.. setiap kasih sayang dan persahabatan yang anda berikan pada Mak Dara amat amat mak dara hargainya.. U guys are sooo PRICELESSSS. Terima kasih kerana sudi menempatkan sebuah blog picisan seperti blog Mak Dara ini di hati anda.. sayang korang ketat ketat..... (wahhhh macam menang award kate ko hehehe)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK