Ibu..Ibu...
Engkaulah Ratu Hatiku
Cubit peha kiri peha kanan pasti terasa begitulah perasaannya pabila Ibu Mak Dara (Puan Zaleha) tidak sihat sejak kebelakangan ini. Kami adik beradik juga merasainya. Mak Dara dan adik beradik Mak Dara telah beberapa kali membawa Ibu Mak Dara ke klinik namun keadaannya bagaikan ada pasang surutnya.. Sekejab sihat.. sekejab tidak.. Keadaannya bertambah tidak menentu sejak peninggalan arwah ayah Mak Dara 82 hari yang lalu... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak Dara membawa Ibu Mak Dara pergi buat check up lagi . Oleh kerana Ibu Mak Dara tak berdaya untuk bangun dan berjalan maka kami terpaksa menolak Ibu Mak Dara menggunakan kerusi roda .
Ibu mak dara dan adik mak Dara Adza Edie
(nombor giliran) Zaleha Binti Md Darus
Ibu Mak Dara sedang menunggu gilirannya bersama adik Mak Dara Adza Emie
yg sdg mendukung anaknya Adza Qhaliffah
Syukur alhamdullilah setelah diperiksa doktor membenarkan ibu Mak Dara pulang kerumah bersama ubat ubatan. Dan sekiranya dalam sehari dua ini keadaan Ibu mak dara masih tiada perubahan maka doktor menasihatkan supaya Ibu Mak Dara di masukkan ke dalam wad.
Semoga Ibu tabah menghadapi semua ini.. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
Sakit mengajar kami erti kesabaran.
Sakit mengajar kami tentang kesyukuran.
Dan sakit membawa kami kepada keinsafan.
Terima kasih Tuhan.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.