Monday, January 14, 2013

Mak Dara Ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus - Memang Terbaik

As salam duhai teman
Semalam Mak Dara bersama adik Mak Dara Adza Rina dan Adza Edie serta anak Mak Dara Adza Haiqal telah ke padang bola AU2 keramat untuk bersama sama memeriahkan majlis ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus.. Memang dah lama doh Mak Dara teringin nak mendengar ceramahnya secara live.. Asyik asyik dalam youtube je kan.. Dan kelmarin bila dapat tahu bahawa UAI akan buat ceramah di AU2 yang hanya 5 minit dari rumah Mak Dara di AU5 keramat ni.. Mak pon apa lagi memang tak lepaskan peluang ni..

Sesampainya kami di padang bola itu fuhhhh orang sudah ramaiiii.. Padang bola bertukar menjadi meriah dan dimeriahkan lagi dengan penjual penjual air dan makanan dan ghupe macam pasar malam pun ada.. Terus aje cari tempat duduk sehadapan boleh . Tapi dok buleh depan mana pon sebab orang dah ramai masa tu.. Nasib baiklah ada dua skrin besar di kiri dan kanan pentas maka dapat le nengok muka UAI secara live..

UAI di sedang berucap di bawah khemah tengah itu

gambar UIA di skrin belah kanan

Semalam UAI memulakan cerita mengenai Tentera Bergajah.. bertapa haiwan amat mentakuti rumah Allah iaitu Kaabah dan begitu mentaati Allah swt sedangkan manusia iaitu Abrahah tidak takut kan Allah swt dan membawa tentera bergajah untuk meruntuhkan Kaabah dan akhirnya telah menerima balasannya apabila Allah swt hantarkan burung Ababil dan melontar batu batu berapi kepadanya dan semua bala tenteranya. Namun gajah gajah itu terselamat dari terkena batu berapi itu kerana ketaatan mereka pada Allah swt. Kesimpulannya di sini macam mana haiwan yang dok pernah ke sekolah tahu untuk mengtaati Allah swt manakala manusia yang bijak pandai segala, tahu main facebook segala tidak takut untuk mentaati Allah swt.. haa begitulah sedikit tentang apa yg dibincangkan semalam. Nak bagitau semua mau 5-6 entry kena mak karangkan nanti .

Tapi kesimpulannya apa yang dikatakan UAI dalam majlis semalam semuanya sampai di hati.. Dalam dia berseloroh, dalam dia kelakar namun ada diselitkan nasihat . Ish kalau UAI buat di area sini lagi mesti nak gi lagi ..UAI Memang terbaik..

20 comments:

  1. Mana2 ceramah beliau mesri terkesan kt hati kan.. Terbaik! :)

    ReplyDelete
  2. MMG BEST KAN md..NENS BELI CD PASANG DLM KERETA..DAN LA ABES 1 2 KEPING BILA NK ODW BALIK KAMPUNG DR KUANTAN..HEHE

    ReplyDelete
  3. Minggu ni UAI turun Johor..memang dah lama cari peluang utk dtg tgk live

    ReplyDelete
  4. Siapa pun suka mendengar ceramah UAI. Dengar dari Youtube pun dah khusyuk apa lagi kalau live.

    ReplyDelete
  5. SETUJU KATA KAK ZAKIE..SIAPA YG KATA TAK BEST TU..ORG JENIS APALAH KAN.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak, walaupun banyak ketawa bila dgr ceramah dari dia..tapi ilmu yg disampaikan memang menusuk ke jiwa

    ReplyDelete
  7. mmg ceramah beliau terbaik!! ringkas dan padat.

    ReplyDelete
  8. erin pun pegi smlm auntie! lgpun bulan ni jadualnya penuh kt negeri2 lain. smlm je kt kl. kt krmt plak tu kan?? so ambil peluang keemasan la ni! hehe. tp kami smpi awl sket kot. dok dpn tp side kanan. dkt ngn pintu masuk. hehe. g ngn mak, adik n kwn erin sorg. syg nye kene balik awl tme soal jawab tu sbb kwn dh ngntok,sok nk keje. pasrah je :(

    p/s: short form Ustaz Azhar Idrus - UAI kn auntie? UIA tu untuk Universiti Islam Antarabangsa. tp klu mmg dh well known sbg UIA tu, erin xtau sgt. hehe. sori klu salah

    ReplyDelete
  9. ceramah UAI memang terbiak.. ^_^. orang ganu tu.

    ReplyDelete
  10. memang best sebab lawak dia. datang nak dengar ceramah ke nak dengar lawak? hehehe nak 2 2 sebenarnya

    ReplyDelete
  11. wahhh.. jelesnyaa.. pdahal dia org senegeri saya tapi saya taak pernak lagi brjumpe atau dengar ceramah dia secara live... huhuhu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mak Dara, subhanallah bestnya dapat dengar ceramah agama daripada UAI. insyallah kalau ada masa sheila pun nak datang juga :)

    ReplyDelete
  13. oooo...gi dengar ceramah UAI rupanya... ^_^ terjawab sudah misteri gambar ini di FB semalam... ^_^

    ReplyDelete
  14. Bestnyaa dpt tgk live ceramah UAI..

    ReplyDelete
  15. bestnya mak dara leh g dgr ceramah Ustaz Azhar...

    ReplyDelete
  16. masa UAI datang UIA tahun lps, memang ramai gila. saya punyalah pergi awal sekali ada lg yg lg awal drpd saya. sampai kena duduk atas tangga. UAI mmg terbaiklah! :)

    ReplyDelete
  17. Teringin gak nk dgr ceramah Ustaz Azhar nie secara live tp xtau kat mana...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum..nama saya abdul syamil bin abdul aziz...saya pelajar politeknik tuanku syed sirajuddin,pauh, perlis...saya mengambil kos dip. pegajian video dan filem...saya sekarang pelajar semester 2..
    lecturer saya PN.AYU yg mengajar subjek Introduction of Video Production....membri tugasan untuk mencari skrip sesebuah filem/drama....dan saya harap MD dapat membantu saya...
    NI NO. SAYA 0125242298 / terbang_tinggi94@yahoo.com

    ReplyDelete