Tuesday, January 1, 2013

Skrip Drama Mak Dara Sepanjang 2012

As salam duhai teman.. Semalam tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya dan kini tirai 2013 telah dibuka.. Ada yang dah tahu dan mungkin ada yang beleum tahu bahwa pekerjaan Mak Dara selain meroyan di blog adalah seorang penulis skrip drama.. Mak Dara telah berkecimpung dalam dunia penulisan sejak dari tahun 1997 lagi.. Dan setelah lebih 15 tahun mak menjadi seorang penulis skrip mak telah menghasilkan lebih 66 buah skrip drama dan juga drama bersiri yang telah pun ditayangkan di kaca TV.. Klik di link ini untuk melihat senarai drama yang telah Mak Dara dan juga team penulisan Mak Dara pernah hasilkan IM A SCRIPT WRITER. Dan pada tahun 2012 Mak Dara ada menulis beberapa skrip drama lagi bersama sama dengan panel skrip dan teman skrip writer Mak Dara.. 

Skrip ke 60
Tajuk Drama:Tuah Tertipu
PRODUKSI: World Evolution Brain Sdn Bhd

PRODUSER: En Jurey Rosli

SKRIP: Adza Irdawati Adenan

job pertama untuk tahun 2012 Mak Dara adalah sebuah telemovie berjudul TUAH TERTIPU. Skrip drama ni dah lama siap. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. Tuah Tertipu menceritakan mengenai Tuah yang ingin menjadi seorang pelakon terkenal. Sepanjang tempoh penggambaran, Tuah mengalami pelbagai peristiwa hingga menyusahkan banyak pihak. Lakonan Yus, Enot, Ucop Cecupak, Anu RL, Acu RL, Maimon Mutalib, Taha Wahid. Drama ini telah ditayangkan pada 4 Mac 2012 jam 10 pagi di TV1.


Skrip ke 61
Tajuk Drama: MAK YONG (musim ke dua)

Durasi : 13 episod x 1 jam
PRODUKSI: World Evolution Brain Sdn Bhd
PRODUSER: En Jurey Rosli
Pengarah : En Hazreen Hakim 
Idea Asal: Martias Mohd Ali 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie

Di atas sambutan memberangsangkan pada Drama Mak Yong musim pertama yang telah ditayangkan di RTM pada december 2010 maka pihak penerbit telah menerbitkan MAK YONG musim kedua. Drama ini telah ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang


Skrip ke 62
Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER: Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie


Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorangdiri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.  Drama ini telah ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang.


Skrip ke 63
Tajuk:PERJALANAN HIJRAHKU
Durasi : 13 episod x 30 minit
PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHD
PRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Serina Datuk Redzuawan

Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak oleh saudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru. Drama ini telah ditayangkan di Astro Oasis 22hb Julai  2012.

Skrip ke 64
Tajuk:JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA
Durasi : 13 episod x 30 minit
PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHD
PRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Serina Datuk Redzuawan & Chef El Hadi 
Sponsor: Vida Beauty

Jelajah Selera Etnik Pamoga adalah sebuah rancangan masakan pelbagai etnik masyarakat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Untuk mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli kami terpaksa meredah hutan dan memasuki kawasan perkampungan mereka. Chef El-Hadi akan mendapatkan menu itu dan memasaknya di setiap tempat yang mereka kunjungi.

Ditayangkan di TV3 pada Setiap Hari Selasa pukul 11:30 pagi
bermula pada 12.12.2012


Skrip ke 65
Tajuk:PLANET KIARA
Durasi : 26 Episod X 30 min

Penerbitan : BLUE NAGAS Sdn Bhd 
Penerbit Amy Mazurah
SKRIP: Adza Irdawati Adenan, Adza Nasya Emie,Martias Mohd ALi & Ayuni
Drama Planet Kiara ini yang mengetengahkan konsep sains dan teknologi dengan gabungan robotik dan CGI (Computer-Generated Imagery) telah dibangunkan dan dipersembahkan secara mudah dan jelas. Melalui cara ini masyarakat akan lebih memahami dan menerima sains kerana ianya disampaikan secara praktikal dan mengaplikasikan STI dalam kehidupan seharian.


Drama Planet Kiara mengisahkan kehidupan seharian keluarga Prof. Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan robot PSN-1 di sebuah kota. Pada setiap siri, konsep sains akan ditonjolkan dengan huraian jawapan melalui interaksi kekeluargaan. Diharap penerbitan drama bersiri Planet Kiara ini akan dapat memberi nafas baru dalam penyampaian sains dan teknologi serta dapat mencetus populariti bidang sains di kalangan masyarakat pada masa kini.

Ditayangkan di TV3 setiap Khamis pukul 6:30 petang
bermula pada 27.12.2012

Itulah antara drama drama yang telah Mak Dara dan juga teman penulis skrip Mak telah hasilkan sepanjang tahun 2012. Dan yang terbaru dan yang sedang ditayangkan di kaca TV adalah rancangan masakan JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA Ditayangkan di TV3 pada Setiap Hari Selasa pukul 11:30 pagi dan drama bersiri 26 episod bertajuk PLANET KIARA Ditayangkan di TV3 setiap Khamis pukul 6:30 petang. Pada awal tahun ini pula sebuah drama bersiri bertajuk OPERASI D6 hasil skrip oleh Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie dan somi Mak Martias Ali akan mula ditayangkan di RTM1

Skrip ke 66
Tajuk: OPERASI D6
Genre: Sebuah drama bersiri penyiasatan dari fail SPRM
Durasi : 13 episod x 60 minit
PRODUKSI: UNOMEDIA SDN BHD
PRODUSER: Basree Rakijan
SKRIP: Adza Irdawati Adenan, Adza Nasya Emie & Martias Mohd Ali


Drama bersiri 13 episod bertajuk OPERASI D6 akan mula ditayangkan di RTM 1 2013. Fuhhhh memang nebes tiap kali menanti karya karya yang telah dihasilkan akan ditayangkan di kaca TV.. Bertambah nebes setiap kali mendengar feedback dari kawan kawan dan penonton. Apa apapun mak akan cuba menghasilkan lebih banyak draa yang lebih baik dari sebelum ini insyaallah. 

10 comments:

  1. wah..banyak tu:)
    semoga 2013 dimurahkan rezeki lagi..insyaAllah:)

    ReplyDelete
  2. ohh terharunyee dapat kenal dgn scriptwriter ! semoga mak dara sukses selalu :D

    ReplyDelete
  3. byk jugak yer.hehe..sukses selalu mak dara..hehe..susah tak buat skrip??

    ReplyDelete
  4. yg paling syok dalam planet kiara ade miss malaysia 2011...hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak nyeeeeeeeee..! :O
    Tapi kan eiqa macam pernah perasan la nme Mak Dara nie..

    ##Lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  6. Byk ye skrip mak dara hasilkan :)
    Xsabar nk tunggu drama bersiri Operasi D6 tu. Baby mmg suka cerita cmni

    ReplyDelete
  7. banyaknya..nk tunggu skrip filem boxoffice.teruja nak tengok.

    ReplyDelete
  8. wow.... mudah rezeki mak dara.. mudahan 2013 lebih banyak lagi ... nak belajar menulis skrip boleh tak ?? heheeh di layan tak yer ?

    ReplyDelete
  9. Mak dara..b0leh tak saya nak mintak skrip untuk dipentaskan..
    huzairulfairiey@gmail.com

    ReplyDelete