Thursday, February 28, 2013

Gambar Eksklusif Pemenang Anugerah Cipta Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25)



Mak Dara dan Somi telah menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam tadi. Dan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam ini telah juga diadakan penyampaian hadiah bagi Anugerah Cipta. Dan sebanyak 11 ANugerah Cipta telah disampaikan kepada para pemenang. Nak tahu Anugerah apa dan siapakah antara pemenang yang telah membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai itu, jom lihat gambar para pemenang yang Mak Dara snapkan dibawah ya.. 

Pemenang Anugerah Cipta FFM25
Poster Terbaik - SeaFood


Pereka Kostum/Busana - 29 Februari 
(Hasnan Yaaccob)
Lagu Tema Terbaik - Ombak Rindu 
(Nurzaidi Abdul Rahman)

Penataan Bunyi Terbaik - Bunohan 
(Raja Ahmad Shaidaley dan IMmaginex Studios)


Penataan Seni Terbaik - 
Bunohan (Dain Iskandar Said)

Skor Muzik Asal Terbaik - 
Bunohan (Imaginex Studios)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - 
Tee Jing Chen (Hantu Gangster)


Filem Pendek Terbaik - 
Sanzaru (Reservoir Productions Sdn Bhd)


Filem Animasi Terbaik - 
Ninja vs Pirate (The One Academy)


Pengarah Harapan - 
Syafiq Yusof (S.A.M)


Anugerah Penggiat Belakang Tabir - 
Link Pew Wah


Ya itulah senarai dan gambar gambar 11 pemenang bagi Anugerah Cipta yang telah disampaikan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam tadi.. Anugerah Perdana FFM ke-25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Sabtu ini dan festival anjuran Finas itu bakal menyaksikan 19 lagi

kategori dicalonkan. In Sya Allah Mak Dara dan somi akan ke majlis itu juga dan In Sya Allah Mak akan snap snap banyak gambar gambar semasa majlis itu berlangsung nanti ya...



9 comments:

  1. byk jgk bunohan menang ye. smpai skrg tak tgk2 lagi filem tu, padahal ada je dlm laptop ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rasanya Bunohan akan menang lagi pada malam anugerah FFM25 2 mac nnt.. Rugi kalau tak tengok citer ni hehe

      Delete
  2. Replies
    1. ye ke.. Saya dah tengok dah masa mula mula ditayangkan sbb dengar semua kawan2 ckp best..

      Delete
  3. pagi td ade dgr berita kt hotfm psl kemenangan filem bunohan. bagus filem tu! bnyk mesej yg tersirat. best jugak filem SAM tu :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kpada smua pemenang...adakah Bunohan filem terbaik thn nie?..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan besar sbb byk award dah menang kannn hehe

      Delete
  5. Wah..banyaknya Bunohan kaut..hehe. Suka SeaFood..

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK