Jabal Rahmah terletak di atas sebuah bukit di Arafah. bukit ini terkenal dengan nama Bukit Kasih Sayang . Di sinilah Nabi Adam a.s bertemu dengan isterinya Hawa setelah sekian lama mereka terpisah. Mereka berkenalan semula dengan mesra dan penuh kasih sayang , setelah menerima kaffarah (penebusan dosa dengan pelbagai keperitan dan penderitaan) lantaran memakan buah larangan syurga dahulu.. Dan dibumi Arafah itu juga akhirnya disyari'atkan kepada Nabi kita Muhammad SAW untuk menjalani satu amalan ibadah haji dengan berwuquf di sana..
Masyaallah tidak pernah sekali kali mak dara terfikir akan memijakkan kaki ke tanah Arafah dan juga melihat Jabal Rahmah di hadapan mata .. Syukur syukur syukur ya Allah... alhamdullilah...








assalamualaikum mak dara...seronoknya..:)
ReplyDeleteWAHH bestnya....semoga sihat disana..selamat pergi dan kembali
ReplyDelete