As salam duhai teman.. Mungkin waktu di tanah air kini sudah tengah hari namun di Mekah pada masa kini baru sahaj selesai subuh. Kemeriahan subuh amat amat terasa bila berada di Mekah ini.. Ia sesuatu yang tak dapat mak dara gambarkan dengan kata kata.. Rasanya picture speaks louder than words eh ada ke pepatah camtu hehe dalam erti kata lain moh mak dara kongsikan gambar suasana Subuh Di Mekah bersama anda ya....
Seperti keadaan gambar gambar di bawah begitulah keadaannya tiap kali masuknya waktu solat terutamanya lebih sesak pada waktu subuh khususnya.. Begitulah jalan yang mak dara lalui setiap hari.. Memang sangat sangat meriah kalau di malaysia saat saat macam ni selalunya pada pada hari raya kan hehe.. Alhamdullilah cuaca di mekah pada hari ini ok tak panas dan tak sejuk.. Dan syukur alhamdullilah kesihatan mak dara dan suami pun ok syukur..
Dengar khabar teman blogger iaitu blogger Abang Ensem pun sudah tiba di Kota Madinah pd 10hb lalu untuk melakukan umrah juga. Kepada teman teman dan pembaca yang disayangi doakan agar umrah kami dipermudahkan ya.. Amin...







subhanallah...meriahkan solat subuh kat sana...
ReplyDeletesesak dan ramai umat manusia yg sedang mengerjakan ibadah umrah di sana ya MD. semoga semuanya berjalan dgn lancar. take care!
ReplyDeletealhamdulillah... sejuk mata tgk mekah. harap2 ada pluang utk pergi jugak nanti.. :)
ReplyDeleteSubhanallah.... Meriahnya suasana Subuh di bumi Mekah......
ReplyDeleteThank you for sharing. Harap satu hari dapat ke sana
ReplyDeletesubhanallah ...ramainya , yg pasti semua dgn 1 tekad ingin mendapat keberkatan, semuga Mak Dara sentiasa sihat .. entah bila saya akan menjadi tetamu Allah
ReplyDeleteMaha Suci Allah.. Indahnya andai dpt bersama di sana
ReplyDeleteAssalamualaikum, sheila dah tengok gambar2 ni melalui instagram mak dara. subhanallah indahnya kalau dapat menjadi tetamu Allah SWT. insyallah suatu hari nanti sheila nak pergi bersama suami dan keluarga.
ReplyDeletewahh meriahnya !! best ...
ReplyDeletesubahanalla...
ReplyDeleteSubhanallah.... teruja kakak. Semakin digamit rindu. Moga kakak dapat menyusul juga dalam masa terdekat ini Irdawati. Doa kakak juga moga Irdawati dan suami diberi kesihatan terbaik utk beribadat di sana.
ReplyDeleteSUbahanallah ...
ReplyDeleteSalam ida... rindu sgt kat ida ;) moga selamat menunaikan umrah dengan selamat. Seronok dan syukur dapat melihat keadaan di sana. SubhanaALLAH - meriah sungguh. MakLady tak leh nk bayangkan bila melihatnya. Tambha plak klu berada di sana - Allahuakhbar....
ReplyDeletehttp://blogdearlady.blogspot.com/2013/02/ga-maklady-i-love-to-see-you-smile.html
ramainya...
ReplyDeleteBilalah saya dapat ke sana....
ReplyDeletesemoga MD dan suami menjalani ibadah tanpa gangguan...
ReplyDeleteSalam MD..
ReplyDeleteSmoga dprmudhkn sgla urusan...
& doa dmakbulkan.,
Amin..
subhanallah..indahnyer..tempat impian sume umat islam ni..
ReplyDeletemak dara dh sempat sentuh kaabah dh?..batu hajarul aswad dh cium?..
teringinnnnyerrr saya..;)
Semoga MD selamat menunaikan ibadah...
ReplyDeleteSubhanallah. Solehah terasa terpanggil untuk ke sana, Mak Dara. Insya-Allah tahun ni Solehah pun nak gi umrah juga. Doakan Solehah dapat gi tahun ni jugak ye, Mak Dara.
ReplyDeleteRamainya umat Islam =)
ReplyDeleteramainya....... take care akak:)
ReplyDeleteSubhanaAllah. Walaupun ramai orang..rasa tenang melihat suasana di sana. Jaga diri ye Mak Dara. ^_____^. Rindu dengan Mak Dara.
ReplyDeleteRibuan manusia...bila la dapat menjejakkan kaki ke sana...insaallah suatu hari nanti pasti akan ku jejakkan kaki ke sana...
ReplyDeleteAlhamdullillah meriahnyaa.. teringat pergi tahun lepas.. doakan saya jejak kaki lagi ke sana.. Insyallah.. :)
ReplyDeleteTeruja baca catatan MD di sini. Moga segalanya dipermudahkan..
ReplyDeleteSubhanallah indahnya ciptaanmu YA ALLAH. semoga mak sihat sejahtera disana.
ReplyDeleteSubhanaAllah, meriahnya suasana disana.. :')
ReplyDelete