Thursday, April 18, 2013

GAMBAR EKSKLUSIF - Majlis Beramah Mesra YAB Perdana Menteri Malaysia Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air - PART 2

Ini adalah sambungan dari entry Mak Dara Ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di "Sri Perdana" Putrajaya. Dalam entry ni Mak Dara akan kongsikan apa yang telah berlaku di majlis yang telah Mak Dara dan somi hadiri semalam bersama sama hampir 1000 penggiat seni tanah air kita. 

Bersambung dari ketibaan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke dalam dewan. Majlis terus dimulakan dengan bacaan Doa dan seterusnya nyanyian lagu NEGARAKU dan lagu I Malaysia dan diteruskan dengan ucapan oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi.

Mak Dara tengah nyanyikan lagu 1Malaysia :)


pengacara majlis

 ucapan oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi.



YAB Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak semasa mendengar 
ucapan dari Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi meminta kerajaan mempertimbangkan empat perkara yang mempengaruhi kebajikan penggiat-penggiat seni tanah air. Antaranya, masalah hak cipta, royalti dan isu intelektual kepada penggiat seni, dana industri kreatif, pemilikan perumahan serta Kad Diskaun 1Malaysia.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula .

ucapan dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 

Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan semua penggiat seni yang berdaftar di negara ini akan menikmati kemudahan kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) bagi membolehkan mereka menikmati potongan harga di pelbagai kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Seterusnya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad diminta mengkaji model pembiayaan membeli rumahnya bagi rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji, umpamanya penggiat seni. Selain itu, katanya, dana industri kreatif perlu RM112 juta digunakan sepenuhnya dan kerajaan bersedia menambah sekiranya tidak mencukupi bagi membantu ahli mengembangkan bakat seni. Malah, beliau berharap kerangka penilaian harta intelek dapat dimuktamadkan sebaiknya supaya penggiat seni mendapat pulangan royalti seadilnya terutama pelakon yang tidak mendapat royalti dalam filem atau drama yang diulang tayang.

Berita gembira itu diterima baik oleh semua penggiat seni yang hadir termasuk lah Mak Dara dan somi.. Ye lah penggiat seni macam kami ni mana ada payslip, bank statement bak kata Zed Zaidi pihak bank memang amat berkeras dengan pihak penggiat seni. Jika penggiat seni dapat lah peruntukan untuk mendapat pembiayaan membeli rumah ini sangat sangat menggembirakan.. Takkan semua dah lupa dengan apa yang telah berlaku pada allahyarham Tan Sri P. Ramlee di mana hingga ke akhir hayatnya tinggal di rumah sewa. Kami tidak mahu itu berlaku pada para penggiat seni tanahair. Semoga kebajikan kami terbela hendaknya In Sya Allah..

Ok nantikan entry terakhir Mak Dara tak lama lagi ya.. Ada gambar yang lebih EKSKLUSIF.. Tunggu.... 



28 comments:

  1. ALhamdulillah...
    Berita baik tu MD...... =D
    Nampak muka MD excited dalam gambar2 ni tau.....

    ReplyDelete
  2. semangat Mak Dara nyanyi lagu 1 Malaysia

    ReplyDelete
  3. nampak meriah majlisnyer tu MD

    ReplyDelete
  4. moga2 mana yg terbaik dapatlah direalisasikan.. =)

    ReplyDelete
  5. dengar psl infor ni kt MHI pagi td, bagusla seniman terbela. Anyway MD nmpk gojessss tau!! :)

    ReplyDelete
  6. ha...dgr beita pg td sblm pergi keja...penggiat seni dpt kad discount kan..hehe mst teruja..:)

    ReplyDelete
  7. @mak dara:
    wah!!!sesape yang bergiat dalam bidang seni boleh menjamin kehidupan yang lebih baik...royalty ulang tayang pon dah bleh dapat...x lah macam dulu...sedih gak lah dengar...anak seni malaysia camtuh...kire boleh lah tarik nafas lega bile dengar berita neh...hooo!!!yeeahhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdullilah.. semoga nasib penggiat seni terbela In sya allah

      Delete
  8. terbaiikkk....semangat lagi tengok Mak Dara nyanyi....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mak dara...meriahnya ...kena tunggu ni...;)

    ReplyDelete
  10. berita baik utk penggiat seni nampaknya..

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK