Friday, June 14, 2013

Pencuri Gambar Mak Dara Ini Dah MELAMPAUUU!!!

MELAMPAU!! MEMANG MELAMPAU!!!!! 
Masyaallah ... astaghfirullahaladzim...

Maaflah kalau entry mak kali ini amat emo . Tapi selepas anda selesai membaca entry ini pasti anda faham kenapa mak dara begitu marah hari ini.  Pada anda yang ada baca entry mak "Gambar Mak Dara Di Curi - Fake Profile " pasti tahu bahawa ada seorang hamba Allah ni dah mencuri gambar mak dara dan jadikan sebagai avatarnya. Hari tu teman Mak Dara  KPah K-poh yang sampaikan Mak Dara tentang hal ini. Ingatkan habis  di situ saja.. Hari ini seorang lagi teman blogger Mak Dara iaitu CIK EKA  juga telah menyampaikan berita yang sama. Kali ini pencuri gambar mak dara itu lebih melampau dan telah menulis komen dengan kata kata lucah!


masyaallah...............

Ini sudah MELAMPAU!!!! Cuba bayangkan jika ada orang baca komen ini dan melihat gambar mak dara sebagai yang menulis komen itu, pasti mereka akan percaya yang mak dara lah manusia yang kurang ajar menulis komen sebegitu kannnn.... Masyaallah.... Kalau tak percaya lihat sahaja komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pembaca blog itu kepada orang yang disangka adalah Mak Dara..





Memang sedih memang perit untuk ditelan. Tapi mak dara tidak sedikit pun salahkan pengomen ini kerana dia tidak tahu bahawa gambar mak dara itu adalah gambar yang telah dicuri dan komen itu bukan datang dari mak dara tapi dari pencuri dan penyamar mak dara..


Inilah pencuri itu ohnazila yang telah menggunakan gambar mak dara yang dicurinya dan dijadikan sebagai profile gravatarnya. Jutaan terima kasih kepada Nara iaitu pemilik blog BEAUTIFULNARA.COM atas bantuan beliau sama sama membantu Mak Dara berhubung dengan kes ini. Terima kasih Mak Dara ucapkan pada sifu Mak Dara iaitu blogger HASRUL HASSAN yang menulis entry mengenai nasib yang menimpa Mak Dara ini di blognya Kaki Menyamar - Ambil Gambar Profile Untuk Sebar Fitnah . Terima kasih HH , Nara , Kak Pah , Cik Eka dan semua yang sudi membantu Mak Dara dalam kes ini.

Kini dengan bantuan teman teman Mak Dara telahpun membuat report kepada SKMM dan juga kepada CyberSecurity Malaysia . Semoga pencuri dan penyamar ini dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya secepat mungkin. Kepada teman teman yang ada melihat gravatar yg mempunyai gambar mak dara, percayalah Mak Dara tidak pernah ada akaun gravatar dan itu adalah fake accaunt, mohon kerjasama anda yang melihat komen komen dari fake accaunt ini untuk sampaikan pada mak dara di blog ataupun di fb mak https://www.facebook.com/adzairdawati ya.. 


37 comments:

  1. bagus Mak Dara! org mcmni mmg perlu diajar. mmg kena ambil tindakan yg sewajarnya. bahaya betullah zaman skang ni. huhuhu. semoga tuan empunya yg sesuka ati sesuka badan tu insaflah atas perbuatan diorg ni. dah xde kerja gamaknya??

    ReplyDelete
  2. ish..bahaya betul kan...sabarlah MD

    ReplyDelete
  3. huhu..saya pun kadang2 terlencong masuk website tu..nampak avatar mak dara..huhu..

    ReplyDelete
  4. bagus akak bertindak awal dan sgera sblm bnde terus bterusan..nanti nama akak yg xelok atas prgai org yg xbtggjawab ni..

    akak bsabar ye :)

    ReplyDelete
  5. Aish xabis2, harap benda ni setel cecepat k MD...saboooo jelah! huhu

    ReplyDelete
  6. apa la... gambar pon nak celok orang punya
    itulah tak belajar agama

    ReplyDelete
  7. kes mcm ni byk dah berlaku
    elok lah dibuat repot dgn segera

    ReplyDelete
  8. uisshh ini dah melampau. sangat bagus kalau SKMM ambil tindakan tegas terhadap orang yang suka fitnah orang lain ni. kes aniaya dan patut disiasat dengan terperici. kesian Mak. sabar ye. orang ni memang tak ada adab langsung. huhu.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum mak. masyallah. kasihan mak. semoga mak mendapat belaan.. semoga pencuri tersebut insaf dan tak guna lagi fake picture =___________=

    ReplyDelete
  10. sy tekejut gak sebenarnya,tengok MD kat situ.but In know it's not u.

    ReplyDelete
  11. takut juga tgk kes2 yg macam ni ye MD

    ReplyDelete
  12. tahap serius ni mak..boleh bawa fitnah plak kt kita sedangkan kita tak buat...mmg elok tindakan mak bagi pengajaran mrk di luar sana yg sesuka rasa curi gambar org puya...^^

    ReplyDelete
  13. siannya mak !! >__<
    Jahat la orang yang tak berhati perut ni... huhuhu

    ReplyDelete
  14. tu la, semalam bukak blog beautifulnara.com tu nmpak komen Mak Dara.. igtkan MD yg tulis.. sangat2 kurang ajar org tu..huhuhu

    ReplyDelete
  15. ada juga manusia macam ni kan mak. harap2 benda ni tidak akan terjadi dekat mana2 blogger. risau dan takut kreadibiliti kita sebagai seorang blogger yang punya adap sopan, di pertikaikan bila benda2 mcm ni jadi. risaunya PG. mak, hari tu PG ada terbaca abg nara punya keta dibawak lari orang. apa kesudahannya erk mak?

    ReplyDelete
  16. Salam..harap MD sabar ya.harap2 lepas ni x der yg jadik mangsa lagi..kesian MD..

    ReplyDelete
  17. saya ada akaun gravatar....huhu...sabar yea Mak Dara ...sakit hati ek bila orang guna profile kita......

    ReplyDelete
  18. Dahsyat - memang tamparan hebat dan menggugat kesabaran ini Irdawati. Kalau kakak pun marah. Tak lama tempohari DJ radio IKIM kena juga tapi FB sedangkan dia tak ada a/c FB dah lapor polis juga. Dahsyat dan jahat betul mereka ini.

    Kakak harap org yg begini cepatlah ditangkap biar dia tahu dan jadi pengajaran pada yg lain.

    ReplyDelete
  19. ish la hai.. tak baik betul org ni.. suke2 je guna gambo org utk kepentingan diri

    ReplyDelete
  20. kena kasik pelajaran sikit kat pencuri identiti ni....dh la guna pic curik pastu buat perangai tak senonoh...haishhh

    ReplyDelete
  21. subhanallah..perangai orang susah kita nak jangka ye kak..ambil tindakan yang sepatutnya.simpati kat akak

    ReplyDelete
  22. grrrr, memang sangat melampau orang tu...Semoga orang yang curi gambar mak dapat dikesan secepat mungkin...aamiin..sabar ye mak dara...

    ReplyDelete
  23. Ya Allah.. macam -macam sekarang ni.. dahla menyalahgunakan gambar, dah tu tinggalkan komen macam tu pulak...

    ReplyDelete
  24. Salam kak adza. Maaf LM lmbt tau psl ni. Siannya akak. Moga semuanya cpt dpt diselesaikan. Huhuhu

    ReplyDelete
  25. astaghfirullah.. semakin menjadi-jadi pula.. elok sangat mak dara dah laporkan kepada skmm..

    ReplyDelete
  26. Bagus mak dara bertindak macam itu , biar dia kena undang2 yg sewajarnya yg mencuri gambar mak dara .. sabar ya.

    ReplyDelete
  27. orang sekarang mmg xde keje...suka curi gambar orang lain..

    ReplyDelete
  28. turut simpati..mak dara dah buat perkara yg betul lapor pada csm n skmm. moga mereka yg tdak bertanggungjawab ni terima balasannnya nanti...huhuu

    ReplyDelete
  29. jahatnya manusia hipokrit ni kan MD...sanggup menggunakan org lain utk mengutuk. menabur fitnah dsb..moga MD tabah...

    ReplyDelete
  30. Rasanya bagi yg biasa dgn Mak Dara mereka pasti tidak tertipu dgn penulisan penyamar itu.

    ReplyDelete
  31. moga kes mak dara cepat selesai dan si penyagat 2 cpt2 kna tngkap...huhu

    ReplyDelete
  32. aduiiii parah ni... tindakan bagus buat aduan tu...

    ReplyDelete
  33. berat jugak eh kisah ni kan mak dara. takutnya bila baca camni

    ReplyDelete
  34. sangat melampau...sebab tu cik abg SA x bagi SA letak gambar kat blog..senang kena curi...

    ReplyDelete
  35. Memang ramai pencuri profile di laman maya ni ...

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK