Thursday, June 20, 2013

PERINGATAN BUAT NAZILADUEGO


Pasti anda semua telah tahu tentang kes pencurian identiti/gambar Mak Dara oleh individu yang menggelarkan dirinya NAZILADUEGO . Pada yang telah membaca entry mak dara iaitu entry Pencuri Gambar Mak Dara Ini Dah MELAMPAUUU!!!, entry Gambar Mak Dara Di Curi - Fake Profile dan entry Tak Kenal Maka Tak Meroyan pasti tahu apa yang telah dibuat oleh pencuri identiti ini terhadap mak dara. Bertapa mak dara menerima kritikan dan juga maki hamun dari beberapa blogger yang menyangkakan bahawa yang memberi semua komen itu adalah Mak Dara.

Mak Dara telahpun membuat report pada SKMM dan juga kepada CyberSecurity Malaysia terhadap pemilik akaun NAZILADUEGO ini.


Aduan kepada pihak SKMM

Aduan kepada pihak CyberSecurity Malaysia 

Hari ini NAZILADUEGO masih menyalah gunakan fake account itu lagi dan kali ini mengeluarkan komen yang lebih kurang sopan. Mak dara ada komen di entry itu dengan juga dengan memberi tahu supaya naziladuego itu berhenti dari menyalahgunakan gambar mak ini. Tapi part yang paling best ialah bila Ada yang komen pada mak dan antara kata katanya " kalau takut gambar di salah guna, jangan upload di internet. ramai di facebook guna gambar artis, haiwan. takde pulak artis atau haiwan tu mengamuk mcmni. awak report pun belum tentu boleh menang".. Ok cuma satu pertanyaan aje untuk dia ni.. Cuba bayangkan kalau orang guna gambor dia dan mencarut merata rata ... apa dia rasa? Adoiiii.... 

Dan atas nasihat somi dan rakan rakan Mak Dara akan membuat report polis dan akan bertindak selanjutnya. Doakan agar NAZILADUEGO dapat dijejaki dan diambil tindakan dengan segera ya..


40 comments:

  1. laaaa org mcm nie pun ada ker
    buat jea report polis MD
    bg ajar skit pd org yg curi identiti kita nie

    suka suki jea kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak bertanggungjawab betul dia ni.. gram pun ada..

      Delete
  2. harap orang yg tak bertanggungjawab tu cpat2 la dijejaki heh..menyusahkan ja..huhu..harap mak dara bawa bersabar.. :)

    ReplyDelete
  3. Ermmm takde kerja punya orang!

    ReplyDelete
  4. kita bakorrr..huh! bakpe la dia dengki sgt dgn MD!

    ReplyDelete
  5. marahnya ngan orang cam ni..grrrrr!sy sentiasa sokong MD!

    ReplyDelete
  6. agaknya macam mana tidak ka rupa org yang curi identiti MD ni,kan..tak encem dan tak ayu barangkalinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mak pon tertanya2 mcm mana rupanya dia ni sampai sanggup nak curi gambar org..

      Delete
  7. biar dia dpt pembalasan cepat skit..huhu

    ReplyDelete
  8. Masih tak dapat ditrace lagi 'hantu' itu ke irdawati. Makain bermaharajalelalah dia. SKMM tak nak bersungguh ni. kalau betul-betul patut dan boleh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sedang ditrace.. semoga cepat sikit sbb dia makin melampau sekarang ni kak..

      Delete
  9. sangat kurang hajar itu orang.. sabo mak dara yer...

    ReplyDelete
  10. Serba salah kita nikan, letak gambar pun kena tak letak gambar pun kena.

    Sabarlah Mak Dara inilah yg dikatakan risikonya menjadi seorang blogger. Agaknya dia sakit hati dan meroyan coz blog mak dara meletop2 kejapan je naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah le sis.. tak tahu apa motif dia buat mak macam ni.. apa2 pun semoga dia cepat ditrace oleh pihak SKMM sblm dia bertindak lagi teruk.. dan saya yg terpaksa terima kesannya ...

      Delete
  11. semoga cepat ditangkap orang ni.. menyusahkan orang lain je..

    ReplyDelete
  12. bagus tindakan Mak Dara bila buat report kt SKMM dan polis. jaga2 naziladuego yg x brp nak cerdik. ingat boleh lepas ke, SKMM boleh detect awk tu dari mana tau. hehehe. sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2 cpt le tertangkap.. mak dara dah gerammm sgt dgn dia ni

      Delete
  13. dah semakin rumit kes mak dara...tapi yang pelik pemilik NAZILADUEGO itu masih lagi menggunakan gambar mak dara walaupun sudah di inform..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah makin lama makin rumit dan makin berat kesan yg mak dara tanggung.. dimaki dihamun sahaja oleh pengomen yg lain .. masyaaallah

      Delete
  14. Yang tak tahan nya orang yang bash mak dara balik, kena kat diri sniri baru tau.. apa pon Liya harap mak dara sentiasa bersabar yer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yg lain bukannya nak faham dgn situasi mak tapi siap bantai mak kaw kaw lagi.. take lah belum kena kat btg hidung sendiri baru dia tahu perasaannya..

      Delete
  15. MD try tanya beautifulnara. mesti ada kan IP address budak tu. blh terus terjah je. kalau kat cc pun boleh buat intipan seminggu dua. standby dgn kamera juga buat bukti =P

    ReplyDelete
  16. sabar mak dara!sila ambik tindakan sewajarnya..huhu

    ReplyDelete
  17. sure MD rasa tertekan......harap bersabar dan mendoakan supaya orang tu menghentikan segala bentuk copy kat MD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangat sangat tertekan sekarang.. Moga dia menerima balasannya secepat mungkin

      Delete
  18. in sha allah mak, allah sentiasa berada di sisi pihak yg benar...semoga hamba allah tu dpt ditangkap...sabar ye mak..

    ReplyDelete
  19. teguhkan pendirian mak dara...dalam kite cube menegakkan kebenaran pasti ade yang cuba menghalang...anggap je macam ujian...yang penting mak dara tau makdara dipihak yang betul....

    ReplyDelete
  20. Tak sangka jadi panjang lebar dah masalah ni...

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK