Thursday, July 25, 2013

Pelakon Rosley Idris Meninggal Dunia Akibat Kanser .. Takziah

As salam duhai teman.. Malam ini Mak Dara dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman lama Mak Dara iaitu pelakon Rosley Idris. Allahyarham telah meninggal dunia pd jam 6.40 ptg td 24/7/2013 akibat sakit Kanser usus di HUKM.. 

Masyaallah Mak Dara baru teringat untuk menziarahnya di Hospital namun tidak kesampaian.. Masih teringat kenangan manis Mak Dara ketika berlakon bersama samanya di dalam drama bertajuk Jejak Kasih pada tahun 1996 dulu.. Drama bersiri ini telah diadaptasi dari segmen rancangan Jejak Kasih yang sangat famous dan terkenal pada tahun 90an dulu yang disiarkan di TV3. Dalam salah satu episod itu arwah menjadi hero dan mak dara memegang watak sebagai heroin di dalam drama itu. Mak masih ingat jalan ceritanya di mana dalam drama itu kononnya watak yang mak dara bawa itu sedang diijabkabulkan dengan watak yang dibawa oleh arwah, tiba tiba makcik memberitahu bahawa watak mak dara itu anak angkat dan perkahwinan itu terpaksa dibatalkan kerana wali yang tidak sah. Dan kemudian watak yang dibawa oleh arwah Abang Rosley bersama sama dengan watak yang mak dara lakonkan mencari keluarga sebenar mak dara hingga akhirnya bertemu dan akhirnya kami dapat disatukan. Banyak kenangan manis mak dara semasa berlakon bersama allahyarham.. And I will never forget that moment.. 


Salam takziah buat keluarga allahyarham dan semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH....



72 comments:

  1. semoga arwah baik2 di sana..sudah lama tak lihat lakonan beliau..

    ReplyDelete
  2. salam takziah ,al fatihah semoga di tempatkan orang yang beriman ..

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiuun....
    Entah bila pula giliran kita ye Mak.
    Sayu pulak Kak Mirror posa2 ni bila dgr ttg org2 yg meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. entah bila pula giliran kita nnt.. :(

      Delete
  4. Salam Mak dara..Al-fatihah.Br teringat lakunan Arwah dulu2...

    ReplyDelete
  5. sy membesar dengan drama-drama slot spektra yg main jam 7pm dalam tahun 90an dlu.... selalu arwah ada berlakon dlm drama2 yg ditayang kan... agak femiliar juga dgn lakonan arwah... bersahaja dan berakat... alfatihah buat arwah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya arwah mmg top pd tahun2 tu.. akan merindui lakonan arwah..

      Delete
  6. al-fatihah......moga ditempatkan di kalangan hamba2nya yang beriman....

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah..
    Saya tau pelakon ni mak dara. dulu selalu muka dia dalam tv & drama2 melayu kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dulu mmg dia sangat terkenal.. sayangnya tak sempat akk bertemu beliau di hospital

      Delete
  8. saya dulu tengok drama2 arwah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. al fatihah

    ReplyDelete
  9. Innalillah.... nama tak kenal. Bila tgk.muka baru tau. Selalu tgk dia kt tv dulu..

    ReplyDelete
  10. Al-Fatehah....macam perasan dan tak perasan... ada berlakon lagi tak arwah lately?

    ReplyDelete
  11. al fatihah semoga roh tenang disana bersama orang2 beriman

    ReplyDelete
  12. xtau nama tapi familiar la dgn lakonan dia...Al-Fatihah

    ReplyDelete
  13. inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..al fatihah

    ReplyDelete
  14. alfatihah, terima kasih mak dara kongsi kisah ni

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah. Permudahkanlah segala urusannya Ya-Allah.

    ReplyDelete
  16. Innalillah..al-fatehah..ptt da lma xnmpk dia brlakon..

    ReplyDelete
  17. salam takziah buat keluarga arwah..moga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..wallahualam.

    ReplyDelete
  18. Al fatihah buat arwah. Terkejut atas pemergian arwah. moga ditempatkan brsama org2 yg beriman. Takziah utk keluarga arwah. MakLady ingat lakunan arwah. Memamg ingat sgt..sbb slalu jugk jdi hero. Kini kelibat arwah tdk lagi kelihatan dlm drama di Tv, media pun dh x bertanya khabar.. psl arwah maupun psl keadaan kesihatan. Kita kehilangan seorg lgi artis yg mampu seri kan dunia seni suatu masa dlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. dan al fatihah buat kedua2 mereka :(

      Delete
  19. Salam Takziah….semoga rohnya dicucuri rahmat…Al Fatihah

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum mak dara...al-fatihah buat arwah...;(

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. kannn... mmg byk dah drama yg arwah lakonkan dulu

      Delete
  22. Salam Ramadan kak. Melalui blog akak yang selalu saya singgah ni saya dapat berita pemergiaan Allahyarham Rosley. Aktor yang saya gemari lakonan dan karektornya semasa saya kecil. Jika tidak, saya dan orang ramai mungkin takkan tahu. Saya juga gunakan 'post' akak sebagai rujukan berita. Mohon sangat dihalalkan kerana dah guna baru maklumkan dek kerana saya perlu lepaskan tugas kepada rakan sesi petang untuk berita petang. Mohon maaf sekali lagi kak. Sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. -Joen

    ReplyDelete
  23. al-fatihah buat arwah...baru tau,terkejut gak...patut lame dah x nampak berlakon...

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah.. seorg pelakon yg berkualiti dan seorg teman yg baik.. moga kau tenang di sana..

    ReplyDelete
  25. katil saya sebelah katil arwah semasa saya mendapatkan rawatan di hosp hukm..... pada mulanya dia sangat peramah setelah dia mengetahui dia kanser yang dihadapinya tahap ke 4 muka nya mula bertukar resah,sedih..... terlalu sedih melihat keadaannya ketika itu.... moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.... insyaallah...

    ReplyDelete
  26. Assalam..mak dara..macam mana saya nak dapat contact ahli keluarga arwah rosley idris..?saya dr kecik sama sekolah dan berjiran dgn keluarga arwah..dah lama saya mencari keluarga arwah..harap dpt bantu saya..

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK