Thursday, July 25, 2013

QARIN

As salam duhai teman.. Tika dan saat ini Mak Dara bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie sedang bersiap siap untuk menghadiri meeting bersama pihak penerbit drama untuk projek terbaru kami iaitu sebuah drama bersiri 13 episod bergenre suspens seram bertajuk QARIN!


Pasti ada yang tertanya tanya apa itu Qarin? Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
 
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
 
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."    

Memang sangat sangat berat genre yang kami bawakan kali ini dalam drama bersiri QARIN ini. Banyak research harus Mak Dara dan adik lakukan dan tidak kurang juga harus bertemu dengan para ustaz yang kami kenal untuk sebarang pertanyaan supaya jalan cerita yang bakal kami lakukan nanti tidak tersimpang jauh. 

Doakan agar perbincangan dan proses pembikinan drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan ya insyaa allah..


42 comments:

  1. smuge sumenya lancar yer MD.... ^_^

    ReplyDelete
  2. menarik !! tak sabar nak tengok ^__^

    ReplyDelete
  3. Eh Qarin macam dah nampak dalam tv je?

    ReplyDelete
  4. insyaallah semuanya berjalan lancar..amin..^^

    ReplyDelete
  5. semoga perbincangan selancar-lancarnya
    Amin

    ReplyDelete
  6. Kalau baca buku karya Dato' Harun Din pun ada kisahlah hal ini.
    Bagus kalau tahu kita faham.

    Tahniah irdawati buat penghuraian di sini

    ReplyDelete
  7. mesti cerita yang best :) good luck mak dara

    ReplyDelete
  8. Selamat kepada Mak Dara atas peluncuran buku berjudul Qarin, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete
  9. macam interesting je cter dia dari tajuk tu.....

    ReplyDelete
  10. cerita yang bagus untuk diketengahkan...semoga dipermudahkan segalanya....hehehehe...

    ReplyDelete
  11. fuh....pernah baca blog dlm blog pasal kejadian dia terjumpa qarin dia sendiri....

    ReplyDelete
  12. seram ke..takut gak nak tengok..kat mana keluarnya

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK