Monday, October 21, 2013

GYM Khas Buat Wanita

Bila badan dah macam di pam pam seperti belon , bila baju semua dah tak muat, dah kompom kompom lah kita pasti akan pikirkan cara nak buangkan semua lemak lemak degil dengan ke Gym kan? Bagi yang lelaki takde masalah lah nak ke mana mana gym sekali pun. Tapi bagi kaum wanita ni dan yang terutama yang berhijab pasti akan malu dan segan tatkala kena menyertai gym gym yang campur lelaki dan wanita. Ye lah kitaorang segan bila nak senaman lebih lebih karang ditengok dan sentiasa diperhatikan. Yang makcik makcik pulak kalau nak kayuh beskal tu lebih lebih takut pulak diketawakan. Dan yang menjadi masalah pada yang berhijab pula kena jaga auratnya ketika senaman. Jadi antara sebab sebab inilah Mak Dara dan somi beserta adik Mak Dara dan sepupu Mak Dara sedang merancang untuk membuka sebuah GYM UNTUK WANITA sahaja...

Semalam Mak Dara , somi dan adik telah pergi melihat beberapa lokasi kedai untuk dijadikan gym kami. Dan ternyata sebuah kedai di STAR PACT CITY Setapak telah berjaya memikat hati kami. Lokasinya di seberang jalan dari shopping Mall Festival City sahaja. 


Di dalam gym tu nanti "NO MAN ALLOWED". Dan semua tingkap dan pintu gym itu nanti akan di tinted gelap jadi takde yang oleh nampak kegiatan dan senaman yang dilakukan. Oleh itu para wanita senag le nak bersenam dan bergerak.. Terutama bagi yang berhijab senang untuk berpakaian. Tak perlu lagi nak risaukan tentang aurat ketika bersenam kerana semua yang berada dalam gym adalah wanita sahaja. Semua staff dan instructor juga terdiri dari kaum wanita.

Sebentar saja lagi Mak Dara akan pergi menemui owner kedai itu dan seterusnya bertemu dengan suplier barang gym. Fuh berdebar rasanya. Namun ini semua masih dalam perancangan. Kami hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan.. Doakan agar impian kami ini dimakbulkan dan dipermudahkan ye.. amin..


45 comments:

  1. bestnyerr.. dh siap nnti jgn lupe bgtau taww

    ReplyDelete
  2. wah best nya MD, berbisness plak lepas ni! moga sgala yg drncg mnjadi k :)

    ReplyDelete
  3. bagus idea mak dara tu.. tentu akan mendapat sambutan kaum wanita.. all the best mak dara.. :D

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnyer.. kalau dekat dah lame sy join nanti, hehe~

    ReplyDelete
  5. wow tahniah mak. satu usaha yang sangat murni dan baik. memang patut ada gym untuk wanita mcm ni . baru lah tak segan nak singkirkan lemak2.. :)

    ReplyDelete
  6. Gud luck mak.. bestnya kalau dekat boleh join member.. =D

    ReplyDelete
  7. best!! tb every week pergi..but last week tak pergi..ade bff tb tunang ;)

    ReplyDelete
  8. Great,,,tapi yang tak bestnya bukan di tpt sy...Good luck ..tk sabar nak tunggu progress

    ReplyDelete
  9. bagus betol idea ni.. semoga perancangan mak dara berhasil.. ameen...

    ReplyDelete
  10. Yeay! Peh ni bole la g gym MD. Nak buang lemak2 tepu degil tahap langit ke 7 ni. Hiks.

    ReplyDelete
  11. Bestnya..semoga apa yg dirancang mnjadi dgn jayanya MD....:-)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...hope tercapai impian....nanti boleh kita ke sana untuk gym....hihi

    ReplyDelete
  13. SEMOga dipermudahkan segala urusan..nanti dah siap gym tu bolehlah saye datang bersenam senam,,hee,

    ReplyDelete
  14. Wahhh.. betul ke ni akak???? Dekat dgn umah teman niii.. bestnyeee.. ya Allah.. suka sgr2 kakkk.. bila nk buka ni???

    ReplyDelete
  15. wah idea yg sangat murni. selamat berusaha dan moga berjaya :)

    thumbs up !

    ReplyDelete
  16. wow, satu idea menarik...semoga tercapai.

    ReplyDelete
  17. wah bagi harga murah mak dara..hehe..saya suka

    ReplyDelete
  18. mak dara..nk special diskaun utk wife staff Cyberbang yg buat prog IDEAL. Hahaha..sy dh tgk video Mak Dara shooting yg x edit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Oh ye ke.. mak nampak gemokkkk tak dlm video tu hehehe

      Delete
  19. wahhhh... bagus sungguh ni .. leh join....

    ReplyDelete
  20. Mak Dara..cepat la bukak gym tu!!opis dekat je kt ctu..can't wait kasi special price ye..:D

    ReplyDelete
  21. Mak dara..dh buka gym ke?sbb saye tgk depan festival city tu dh ade gym,tp saya xingt nama.tu gym mak dara ke?

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK