Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 30, 2013
Vintage Eleven Private Villa Di Melaka
Beberapa minggu yang lalu Mak Dara bersama keluarga telah disponsor oleh sepupu Mak Dara Sarimah bercuti dan berholiday ke Melaka bersama keluarga mereka. Perghhhh memang seronok apabila keluarga Mak Dara dan keluara Sarimah bergabung meletop bercuti bersama sama.. Bertambah terujaaa apabila semuanya disponsor hehehehe... Di melaka Sarimah telah menmpah sebuah private Villa untuk kami semua bermalam. Dan private villa itu adalah di VINTAGE ELEVEN . Vintage Eleven terletak betul betul di Jonker Street . Sukar untuk Mak Dara mengambarkan keindahan dan kecantikkan villa ini. Jadi mari Mak Dara kongsikan gambar yang sempat Mak Dara snap di VINTAGE ELEVEN ini ya..
pintu masuk Vintage Eleven
Ruang tamu Vintage Eleven
Ruang tamu yang sangat selesa
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Villa Vintage Eleven ini kami terus terpaku melihat ruang tamunya yang sungguh glamour dan sungguh eksklusif ini.
master bedroom di Vintage Eleven
memang besar dan sungguh eksklusif
dari tingkap bilik master bedroom ini boleh melihat
ke arah satu taman tergantung di bahagian belakang Villa
tingkas atas yang mempunyai dua bilik yang sangat besar
bahagian dapur terletak di tingkat atas Villa ini
bahagian dapur terletak di atas dari swiming pool di tingkat bawah
Jom tengok apa di tingkat bawah Villa ini
Di bahagian bawah terdapat private swiming pool & Jakuzi
Adza Kasih & Adza Isabella posing sakan hehe
di belakang swiming pool terdapat tangga
yang akan membawa ke taman tergantung
taman tergantung di Vintage Eleven
Haaaa memang cantekkkkk kannnn VINTAGE ELEVEN VILLA ni.. Memang speecless Mak Dara apabila disponsor untuk menginap di sini.. Dan bertambah speechless apabila mengetahui berapa kadar bayaran untuk tinggal sehari di sini.. Nasib baik kami di sponsor Sarimah hehe.. Tenkiuuu Che Mahhhhhhh... hehehe
inilah sepupu Mak Dara Sarimah yang telah sponsor percutian kami
(hehe jangan marah ek Che Mah pic keluor kat blog ai heheheh)
Alang alang dah duduk di tempat yang sangat sangat cantik ni maka kami pun tak lepaskan peluang untuk buat sesi tangkap gambor beramai ramai di taman tergantung tu hehehe..
Adza Isabella & Adza Danina posing sakan hehe
Adza Kasih & Adza Danina
Adza Isabella pulak posing
Alisya (anak sarimah) join posing sama
anak buah Mak Dara Apple (nama manjanya ;) turut sama pose
Memang cantekkkk gila permandangan taman itu di waktu malam!!! Dan habis semua anak anak serta anak buah Mak dara suruh pose dan tangkap gambor .. Ye lah bukan senang nak datang ke mari lagi kan.. Alang alang dah ke sini kita gunakanlah semua kemudahan yang diberi sepenuhnya kannn hehehe..
dua keluarga bercuti bersama.. The best memory everrr!!!!
VINTAGE ELEVEN merupakan salah satu tempat percutian yang sangat terbaekkk pernah Mak dara pergi. Jutaan terima kasih kepada sepupu Mak Dara Sarimah yang sangat baik hati sponsor percutian kami ini.. Kalau boleh sponsor lah lagi hehehe.. Pada anda yang nak bercuti di sini atau nak tahu lebih lanjut tentang Villa Vintage Eleven ni boleh ke websitenya di sini ya.. http://vintageeleven.com.my/

Sunday, December 29, 2013
Siapa Gerangan Blogger MR JEJARI RUNCING
Wahhhhh panas panas panas.. Semalam sepupu Mak Dara iaitu MAK LADY datang kerumah Mak dara dengan membawa berita panas.. Katanya ada blogger baru yang menggelarkan dirinya sebagai MR JEJARI RUNCING . Ehhh macam nama blog anak saudara Mak Dara aje si JEJARI RUNCING tu.. Tertanya tanya juga siapakah pula gerangan Blogger MR JEJARI RUNCING ini? Apa lagi Mak Dara terus terjahhhh ke blog beliauuuuu...
Lepas aje terjah ke blog Mr Jejari Runcing barulah Mak tahu siapakah gerangannya beliauu.. Tapi tak boleh revealkan dulu siapakah gerangannya.. biar korang suspengggg duluuuu. Tapi kalau anda nak tahu juga siapakah blogger mr jejari runcing ni.. boleh lah sama sama terjahhhh ke blog beliau di....
Buat Mr Jejari Runcing welcome to blogging worlddddddddd!!

Saturday, December 28, 2013
Hari Orientasi Tingkatan 1
Hari ini pasti ramai ibu bapa membawa anak anak mereka ke Hari Orientasi bagi Tingkatan 1. Mak dara dan somi juga baru saja balik dari sekolah Menengah Seri Keramat bagi membawa anak kedua Mak Dara yang akan mula bersekolah di situ.. Program orientasi pelajar tingkatan 1 ini diadakan bagi memberi keyakinan diri kepada pelajar sendiri selain daripada memberikan mereka peluang untuk berkenalan antara satu sama lain.
Mak Dara dan Anak Dara siap untuk ke Hari Orientasi hehe
para ibubapa yang mendengar taklimat dr pengetua sekolah
para ibu bapa beratur untuk membuat bayaran koperasi
lepas bayar duit koperasi kena bayar utk PIBG & ect
nasib baik dapat no giliran yg pertama hehe
Seronoknya Danina apabila rakan sekolah rendahnya belajar
di kelas yg sama dengannya
Adza Danina bersama rakan sekelas dan cikgu kelas
lps bayar boleh bawa anak2 pulang
selesai le hari orientasi tingkatan 1
MATLAMAT HARI ORIENTASI
Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah.
OBJEKTIF HARI ORIENTASI
* Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru.
* Murid-murid memahami kurikulum, ko-kurikulum dan budaya belajar sekolah menengah.
* Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina di alam sekolah menengah.
* Mengeratkan hubungan yang baik antara murid baru dengan warga sekolah.
* Melatih murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.
SASARAN HARI ORIENTASI
Semua murid Tingkatan 1 Sesi 2014
Rasa macam sekejapppp sangat tup tup dah masuk tingkatan 1 dah anak dara mak si Adza Danina Kirana ni.. Ohhh cepatnya masa berlalu kannnnn... Adalah diharapkan dengan terlaksananya minggu orentasi ini, semua murid-murid dapat mengenali persekitaran dan budaya sekolah baru mereka. Dan diharapkan mereka dapat mengenali warga sekolah yang berkhidmat di sekolah itu. Dengan ini barulah fizikal, mental dan emosi mereka dapat disediakan dengan lebih terbina . Semoga anak anak kita seronok untuk memulakan sesi persekolahan mereka nanti insyaa allah.

Friday, December 27, 2013
Nasi Kandar Beratur Kapitan Keling Penang
Nasi Kandar Beratur . Seperti namanya, bersedialah untuk beratur tidak kurang daripada 30 minit untuk giliran anda untuk makan di restoran ini. Bagi mereka yang dah biasa dengan restoran ini dan bagi peminat setia nasi kandar beratur mereka akan datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kedai itu dibuka untuk mendapatkan nasi kandar yang terawal. Setiap kari mempunyai campuran kompleks rempah ratus dan dimasak berjam-jam untuk menghasilkan keseimbangan wangian dan rasa nasi kandar itu. Semua yang dihidangkan oleh restoran ini memang sedapppppppppppp. Berbaloi menunggu lama.
Mak Dara sendiri tidak ketinggalan untuk merasa kenikmatan nasi kandar beratur ni apabila bercuti ke Penang dua minggu lalu. Dan apabila menjejak saja kaki ke sana ternyata memang panjanggggggg bebenor barisannya.. Moh Mak Dara
ini lah dia kedai Nasi Kandar Beratur
Mak dara dan anak anak pekena nasik kandaq
tak sempat nak snap pic nasinya
dah habis dingap kami semua haha
aiseymen kantoi mak dara tambah nasi muahaha
haaa panjang ka dak. depa beratur. panjangggggg kannnn
makin lama makin panjang barisan
alhamdullilah.. memang sedappppp
Syukur alhamdulillah dapat juga Mak dara dan keluarga merasa makan nasi kandar beratur yang femes emes ni. Dan memang terbukti SEDAPPPP dan memang berbaloi beratur pepanjang pun... Jadi pada anda yang nak ke Penang tu jangan lupa pekena NASI KANDAR BERATUR ni k..
