Wednesday, December 18, 2013

Hampir 20 Helai Telekung Telah Diterima Untuk PROJEK PRIHATIN - Alhamdullilah

 As salam duhai teman..
Syukur alhamdullilah pada malam ini Mak Dara dan Blogger Mak Lady telah berjaya mengumpul derma hampir 20 helai telekung bagi PROJEK PRIHATIN yang sedang dalam  usaha untuk mengumpul kain telekung untuk didermakan kepada mangsa banjir di pantai timur. Jutaan terima kasih kepada sepupu Mak Dara Puan Sarimah Zainul dan beberapa hamba Allah yang telah sudi menderma kain telekung sebentar tadi buat diberikan kepada mereka yang memerlukan .
Kami masih menerima sumbangan kain telekung dari anda. Maka malam ini sekali lagi Mak Dara ingin menyeru dan memohon jasa baik semua teman BLOGGER prihatin sekalian agar kita sama sama membantu mengumpul kain telekung untuk didermakan kepada kepada mangsa banjir di pantai timur.Untuk membantu anda boleh terus hubungi pm/whatsap Sheta Rahman di talian 0126845088 / 0122965279

Mak Dara dan juga blogger Mak Lady akan turut membuat membuat kutipan bagi telekung ini untuk diserahkan kepada Sheta Rahman. Kepada Blogger yang tinggal disekitar Setapak atau Wangsa Maju yang ingin mendermakan tudung anda bolehlah bertemu kami di restoran NZ Lama (bersebelahan KFC) pada esok hari 19hb Disember 2013 pada jam 6 petang hingga 8 malam.  Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI https://www.facebook.com/events/480206828754542/?source=1

11 comments:

  1. Alhamdulillah.. syukur.. semoga akan menerima lebih banyak lagi telekung yg diperlukan.. gud job makdara :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah MD..kita pun ada menderma melalui Gabungan Belia 4B kota Melaka minggu lepas untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir....

    ReplyDelete
  3. Moga2 akan ada ramai lagi yg berhati mulai yg nak derma.

    ReplyDelete