Friday, December 20, 2013

PROJEK PRIHATIN Berjaya Mengumpul Lebih 130 helai Telekung - Syukur Alhamdullilah

Semalam bertempat di NZ RESTORAN wangsa maju berlangsungnya kutipan kain telekung bagi PROJEK PRIHATINProjek Prihatin untuk membantu mangsa banjir telah diusahakan bersama sepupu Mak Dara blogger Mak Lady dan somi Mak Martias Ali  serta dibantu oleh saudara mara dan teman teman yang sudi datang menghulurkan sumbangan . PROJEK PRIHATIN ini telah diinspirasikan oleh Cik Sheta Rahman yang sedang dalam usaha mengumpul sebanyak 3 RIBU TELEKUNG untuk didermakan kepada mangsa banjir di pantai timur. 


Pada mulanya Mak Dara dan Mak Lady hanya meletakkan target untuk mengumpuan sebanyak 10 helai kain telekung sahaja. Namun syukur kehadrat ilahi apabila akhirnya kami berjaya mengumpulkan lebih dari 130 helai kain telekung.. Masyaallah terasa sungguh terharu dengan bantuan demi bantuan yang kami terima selama 2 hari ini.. Mari Mak dara kongsikan beberapa gambar yang sempat kami tangkap di acara PROJEK PRIHATIN semalam ya..

Mak Lady dan Mak dara sedang menunggu mereka yang 
datang untuk menyumbangkan sumbangan telekung

antara penderma pertama yang datang syukur alhamdullilah


Sumbangan dari Puan Faridah, suami dan temannya 

wakil dari Encik Azman Azif 
menyampaikan sumbangan sebanyak 100 helai telekung
syukur alhamdullilah..

100 helai telekung yang telah disumbangkan

Jutaan terima kasih kepada (dari kiri) En Zamiel Zukie,
En Uzaidi Udanis dan Martias Ali atas sumbangan yang diberikan

dari kiri En Uzaidi Udanis dan Martias Ali



Blogger Ema Ery turut datang untuk menyampaikan sumbanganya 
serta sumbangandari rakan sepejabatnya

dari kiri Cik Lela Nordin,  Ema Ery
menyerahkan sumbangannya kepada Mak Dara dan Mak Lady

Tamatlah sesi pengutipan kain telekung
untuk Projek Prihatin

Masa untuk membawa pulang semua sumbangan yang 
telah kami terima . Syukur alhamdullilah.

Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).  Terima kasih di atas sumbangan yang diberi. Moga Allah menerima amalan, memurahkan rezeki dan menjadi pencen kubur kalian insyaa allah amin.


10 comments:

  1. alhamdulillah..... semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga segalanya berjalan lancar. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....tak der apa yang nak diucapkan....hope bersyukur sangat-sangat......

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya mak dara... suker lah projek2 cam ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bnyk jugak yg dpt dikumpul..:)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah MD dan rakan2.. semoga berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah semoga di permudahkan urusan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga....

    ReplyDelete