Friday, January 4, 2013

Tolong Cadangkan Pelakon Untuk Filem Terbaru Ini..

Assalam duhai teman..
Mak Dara nak khaborkan yang somi Mak Martias Ali sekarang sedang dalam proses menulis sebuah skrip Filem terbaru bertajuk CINTA PLATON 5 (ini hanya tajuk cadangan maybe akan diubah tak lama lagi) dan insyaallah somi mak juga akan arahkan filem ini nanti.. Di bawah Mak Dara sertakan sedikit sinopsis dari filem ini (Filem ini telah diadaptasi dari  Catatan benar seorang guru di sebuah kem tentera...)

Minggu pertama di Kem tentera. Cikgu Shikin merasa geram kerana setiap kali helikopter turun di kem tentera tempat dia mengajar, kesemua anak murid akan berlari keluar. Kelas tergangguh dan kadang-kadang dibatalkan. Apakah penting sangat heli itu mendarat dengan pelajaran yang dicurahkannya. Namun kini bila terdengar suara heli terbang rendah di bumbung sekolah di dalam kem itu, Cikgu Shikin lah yang akan berlari keluar dahulu.

Baru kini dia sedar bahawa kehadiran helekopter itu mambawa bersama bapa-bapa dan suami-suami org di kem tersebut. Cuma bezanya apakah suami atau bapa mereka itu turun sendiri atau diusung sebagai jenazah.... Dan kini Cikgu Shikin menanti kekasihnya turun dari helikopter dan berjalan ke arahnya atau mungkin di usung tidak bernyawa. 



Now.... di sini Mak Dara nak minta pendapat anda.. 

Jika anda hendak ke panggung wayang dan mahu menonton Filem filem melayu terbaru.. Siapakah HERO atau HEROIN yang anda mahu lihat? Haaa Mak Dara saja buat survey ni.. Ye lah nak juga tahu apa yang ingin dilihat oleh penonton.. Pelakon mana yang tengah top sekarang kan.. Tolong cadangkan pelakon lelaki dan pelakon wanitanya boleh ? Kalau lagi best boleh beri cadangan tajuk filem tu sekali hehe.. 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK