Saturday, January 5, 2013

Umrah - 1 bulan sebelum melaksanakan Umrah

As salam duhai teman
Syukur ke hadratnya kerana impian Mak Dara semakin hampir menjadi realiti.. Mak Dara akan mengerjakan Umrah pada 6hb Februari depan bersama suami, Kakak ipar dan adik ipar mak dara.. Syukur alhamdullilah kerana menjadi antara yang terpilih dan menerima panggilan dariNya. Sememamgnya  "penghijrahan" Mak Dara pada ogos 2011 telah benar benar mengubah haluan dan cara hidup Mak Dara dan keluarga.. Mak amat amat amat bersyukur...

1 bulan sebelum melaksanakan Umrah banyak juga yang harus di lakukan.. Mak banyak membaca buku buku panduan tak kurang juga mak reserach di internet seperti di . 

     

Namun rasanya dengan hanya membaca buku dan maklumat di internet tidak cukup untuk mempersiapkan diri Mak Dara untuk melakukan umrah. Tak sabar rasanya untuk mengikuti kursus umrah yang bakal dilakukan pada 17hb januari ini..

Doakan semoga semuanya berjalan lancar buat kami ya.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK