As salam duhai teman..
Dunia seni tanahair khususnya dalam bidang penerbitan drama telah menerima berita gembira apabila KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengagihkan insentif dana industri kreatif negara untuk program televisyen yang diperuntukkan kerajaan kepada 70 syarikat produksi tempatan.
Dan salah satu dari syarikat produksi yang menerima insentif ini ialah syarikat produksi WORLD EVOLUTION BRAIN Sdn Bhd (WEB) milik Penerbit drama terkenal iaitu EN Jurey Rosli. Encik Jurey bukan menerima satu tetapi dua inseftif apabila dua buah dramanya iaitu Drama bersiri MAHARANI dan drama bersiri MAK YONG telah terpilih oleh pihak KPKK . Bonus telah diberikan oleh Encik Jurey kepada kesemua krew dan juga kepada kepada penulis penulis skrip drama tersebut.. Dan penulis skrip bagi drama Maharani ialah En Zabidi Mohamed dan penulis skrip bagi drama MAK YONG adalah Mak Dara, adik Mak Dara Adza Nasyaemie dan somi Mak Martias Ali. Tapi mak dara jadi wakil dan pergi terima hadiah tu bagi pihak mereka ;) Moh Mak Dara sharekan gambar sekitar majlis Majlis Perasmian Pejabat Dan Penyampaian Saguhati oleh WEB
Pengacara majlis Abang Shaharudin Thamby
Encik Jurey Rosli dan juga Timbalan Ketua Setiausaha KPKK memberi ucapan
kiri - pelakon Qazem Nor menerima bonus - kanan production team
MAK DARA menerima bonus (bagi pihak Mak Dara Adza Nasyaemie dan Martias Ali)
antara penerima hadiah bonus dan saguhati oleh pihak WEB
Somi Mak Dara ;)
somi mak bersama temannya pelakon Zack Taipan
somi mak dara bersama kawan kawannya
Mak Dara pon nak posing sama ehehe
Sambutan terhadap drama Maharani dan Mak Yong terbitan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd yang mendapat rating tinggi selepas di tayangkan di RTM tahun lalu membolehkan para pelakon dan krewnya mendapat imbuhan. Maka Mak Dara juga ingin berterima kasih kepada setiap penonton yang menonton drama kami ini.. Terima kasih kerana terus menyokong drama tempatan.
Mak Dara ingin memanjatkan kesyukuran kepadaNya dan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jurey kerana telah menghargai setiap warga kerja yang terlibat dalam drama bersiri MAK YONG dan juga Maharani. Semoga dengan pemberian bonus dan saguhati ini dapat menaikkan lagi semangat pengkarya pengkarya di hadapan tabir mahupun di belakang tabir untuk terus lebih bersemangat untuk berkarya selepas ini insyaallah..