MEROYAN
Sebenarnya ramai yang dah tahu dan mungkin juga tak tahu kenapa Mak Dara banyak menulis hampir keseluruhan entry di blog Mak Dara secara santai+meroyan+merapu.. Ini kerana bekerja sebagai penulis skrip drama, mak dara harus menulis dengan ayat ayat yang betul, ayat yang tersusun, ayat tersirat dan tersurat, ayat berbunga bunga . Dan setiap skrip drama berdurasi selama sejam mempunyai lebih 80 mukasurat untuk ditulis. Cuba bayangkan 80 mukasurat dan kali kepada 66 buah drama yang telah mak dara hasilkan.. Itu belum masuk yang drama bersiri lagi ada 13 episod 26 episod.. Fuhhh mau cemuih dan bosan rasanya kerana terpaksa menulis semua ayat ayat yang sungguh tersusun dan skema itu. Hari harian Mak Dara dihabiskan dengan menulis skrip dan bila tiba di blog.. harus menulis juga.. haaaa disitu yang buatkan mak dara jemmm tu.. Kerja pun kena tulis nak berblogging pun kena menulis..
Bak kata sepupu Mak Dara yang kerja di KFC, hari hari kat tempat kerja asyik makan KFC bila diluar tempat kerja dah bosan dengan makanan yang sama . Dapat makan cokodok pun nikmattt hehe.. Haa begitu juga lah dengan mak dara.. Asyik dok skema aje.. Maka di ruangan blog inilah tempat untuk mak dara jadi santai habis.. Cara mak tulis macam cara mak bercakap seharian.. Maknanya apa aje yang terlintas dikepala terus je tangan galak menaip . Dah tu bila asyik dok menaip ada tikanya timbul mood malas mengetuk keyboard dan mulalah snap snap silly face di kamera dan uploadkan sebagai entry..



Blog ini adalah satu satunya tempat untuk Mak Dara luahkan apa yang terpendam tersimpam macam pekasam tu . Dah letih asyik mengikut permintaan para producer drama, permintaan penerbit drama, permintaan stesyen TV. Ada masanya perlu juga memenuhi permintaan diri sendiri kannn...
Maka diharapkan dengan penjelasan ini diharapkan anda fahamlah kenapa mak tulis di blog seperti ini.. Dan kenapa mak dara menggunakan "meroyan" sebagai tagline blog mak dara ini.. Macam lagu omputih dulu dulu "I WANT TO BREAK FREE" begitu lah perasaan mak dara di blog ini.. Mak mahu bebas mengekspresasikan perasaan sebenar mak dara tanpa ikatan namun masih mengenal batasan walaupun meroyan ehehe macam pantun 3 kerat pulak hehe
Jadi jika anda boleh layan kemeroyanan Mak Dara yang tahap gaban ni mak ucapkan terima kasih dan good luck.. semoga anda tak terkena simptom meroyan mak ni sudey hehehe...