Dari pagi
hingga kini.. Berkali kali Mak Dara cuba untuk menulis entry ini namun berkali
kali juga ia terhenti henti... Terlalu berat untuk disampaikan terlalu sebak
untuk mak luahkannya... Sebenarnya.... Hari ini tanggal 9hb Januari 2013
merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah
Adza Suzyriani..
dr
atas kiri- Adza Irdawati(mak dara), Adza Nasyaemie(baby),
Allahyarhamah
Adza Suzyriani(baju belang) Adza Adzriyati dan Adza Edie Izwan
hadapan
- Adza Rinawati dan Adza Tutyrianti
Sekiranya
arwah masih hidup umurnya genaplah 35 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia
masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah
mempunyai anak anak......
Adik Mak
Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun
bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada
arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya
dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali
jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu. Dan di atas kelalaian
pihak Hospital semasa pembedahan dengan memberikan ubat bius overdose
membuatkan otak arwah kembang. Selepas dari operation itu otak arwah
develop slowwwwly walaupun masa tu umur dia 4 tahun tapi pemikirannya seperti
bayi sehinggalah ke akhir hayatnya. Kami telah melakukan segala galanya untuk
membawa pihak hospital ke pihak pengadilan namun gagal . Akhirnya arwah
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10hb April 1994 pada usia 16 tahun.
Tiada
lagi derita buatmu
Tiada
lagi kesakitan buatmu
Tenang
lah kau di sana
Amanlah
kau di sisiNya
Ketahuilah
bahawa kami terlalu cintakanmu
namun
tuhan lebih sayangkanmu
Alfatihah
buatmu
wahai
adikku.....
Gee reallyyyyyyy miss your voice.. your laugh.. your everything.. miss to be around you.. missssssss everything about you... But I know.. Tuhan lebih sayangkan Gee.. Kini Abah juga telah meninggalkan kami.. Semalam 8hb Oktober genaplah 3 bulan pemergiannya.. Kini bukan satu tapi dua insan yang sangat kami cintai telah meninggalkan kami. Sedih apabila membaca kembali komen abah terhadap kehilanganmu Gee..
Kini Abah pula telah tiada dan masih terngiang ngiag komen yang ditinggalkan olehnya..
Jariku
tak dapat terus menari bagi menulis mengenai kalian
Mataku
cuba untuk menahan takungan airnya tatkala menatap gambarmu
Otakku
tidak dapat terhenti dari mengingati kenangan kita bersama
Hatiku
tidak dapat menahan perasaan rinduku pada kamu berdua
sebak
hatiku terkenangkanmu
Tenanglah kalian di sana
Akan tiba masa ku jua
Untuk bersama kalian satu masa nanti
Allahyarhamah ADZA SUZYRIANI & Allahyarham ADENAN ARSHAD
Dalam Kenangan ALFATIHAH....