Habis lah sudah.. tamatlah sudah..
Sebentar tadi merupakan episod terakhir drama bersiri Adam dan Hawa.. Haaa jangan ingat mak dara ni meroyan takde jiwang jiwang ek.. Dada pernuh bersarang dengan bunga dan daun daunan hokay hehehe.. Mak dara mengaku memang jarang jarang dan kadang kadang aje mak ikuti drama bersiri yang ditayangkan di mana mana stesyen TV terutamanya cerita yang bergenre cintan cintun ni.. Kadang kadang drama hasil skrip Mak Dara sendiri pun terlepas nak menontonnya dek kerana sibuk sangat dengan kerja.. Tapi bila tiba masa tayangan drama ADAM DAN HAWA ni Mak akan cuba untuk menontonnya..
Tahniah diucapkan kepada penulis Aisya Sofea yang telah berjaya memberikan sebuah naskah yang sungguh hebat ini.. Moga ada lagi karya karya milik Aisya Sofea lagi yang akan dijadikan drama atau filem selepas tamatnya drama ini. Tahniah juga kepada semua barisan pelakon yang berjaya menghidupkan cerita ini dan juga kepada pengarah dan semua yang terlibat.. akhir kata..

Selamat Tinggal ADAM DAN HAWA ;)
TAMAT...