Semalam somi Mak Dara Martias Mohd Ali ada khaborkan pada Mak dara yang temannya ada ternampak wajah mak dara di BERITA HARIAN.. Dan oleh kerana dia masa itu sedang menghadiri bengkel pengarahan filem di PJ maka dia pun teruslah terlupa untuk membeli surat khabar berita harian.. Dah malam bila dah selesai dengan bengkel dan kursusnya itu dan pulang kerumah baru dia teringat dan beritahu mak.. Tapi dah tengah tengah malam mana ada lagi kedai yang menjual surat khabar kan.. Maka mak pun pasrah je lah.. Tup tup pagi tadi ada teman telah upload artikel itu dan upload di facebook dan tagkan nama mak. Dan inilah keratan akhbar yang mak maksudkan itu.
keratan dari Berita Harian
Mak Dara yang mana satu? Haa yang belakanggg sekali yang bertudung kuning hehe..

Ini gambar masa para wartawan sedang mengambil gambar
(dapat dilihat pelakon wanita sedang berjalan untuk mengambil posisinya hehe)

dan akhirnya mak dara terkebelakang sudah hahahahaha
Nampok muka kecik pun takpelah kan dari takde hahahaha.. Mak Dara juga ada menulis tentang perkara ini di blog Mak Dara tak lama dulu di entry Mak Dara Terima Bonus Dari Penerbit Drama Terkenal - Syukur . Terima kasih kepada penerbit Abang Jurey Rosli yang telah memberi insentif dan bonus kepada kami. Mak Dara mewakili penulis skrip Martias Ali dan juga Adza Nasyaemie bagi drama bersiri MAK YONG amat amat menghargai pernghargaan ini rasanya begitu juga dengan semua warga krew dan para pelakon drama bersiri MAK YONG dan drama bersiri MAHARANI amat berterima kasih atas bonus yang diberi. Ini pastinya akan menjadi pemangkin dan dapat melonjakkan kami untuk lebih bersemangat dalam menghasilkan karya karya drama yang lebih bagus insyaallah..