Tuesday, January 15, 2013

Sedang Menanti Kedatangan Bomba Di Rumah Ibu Mak Dara

Masyaallah.. Mak dara skrg berada di rumah ibu mak dara sekarang . Dan tadi mak bersama adik adik mak dara sedang berbual di luar rumah dan tiba tiba kami tersedar yg ada tebuan yang berterbangan di atas kepala makin lama makin banyak dan bila kami berpaling di atas memang terkejut dibuatnya bila lihat sarang tebuan di atas bumbung rumah yang tak jauh dari kepala kami semua. Kami terus lari masuk dan hubungi bomba. Dan sekarang kami menanti bomba skrg utk hapuskan sarang itu.. Masyaallah takutnya...


Anak Penarik Beca


As salam duhai teman.. 
Hmmm hari ni rasanya Mak Dara asyik cerita kisah meroyan mak je hari hari sampai anda semua pun dah hampir muntah pink maka hari ni mak nak cerita kisah selain dari diri Mak dara lah.. Emmm mak nak cerita tentang somi mak pulak.. Amacam boleh ke hehe? 

Somi Mak bukannya seorang novelis... Dia seorang penulis skrip dan pengarah  namun dia telah lama menyimpan niat untuk menjadi penulis novel yang hebat.. Lantaran itu somi mak telah cuba untuk terjemahkan sebuah karya telemovie beliau ke dalam bentuk novel... Berpeluh juga dia nak menyusun ayat. Katanya dia rasa banyak yang tak betul. Dan akhirnya maka lahirlah sebuah novel yang bertajuk ANAK PENARIK BECA..



Novel ini telah pun di cetak dan dijual sebanyak 3000 naskah. Semua dah sold out. So tak boleh nak cari lagi kat mana-mana kedai. Alhamdulillah dengar cerita novel ini akan jadi buku teks sekoah menengah pada tahun 2014... Insyaallah.. doakan ya. Tapi kalau anda semua teringin nak baca (kepada yang belum pernah membacanya) boleh le beli PDF file (lebih kurang macam e-book). 

Terdapat 33 babak di dalam novel ini. So mak dara kasi korang baca babak yang pertama dahulu... Lebih kurang macam teaser lah kekdahnya...

Sedutan novel ANAK PENARIK BECA

. 1 .

Bandaraya Melaka. Deretan beca-beca tua menyusuri jalan, bagaikan satu perarakan kereta berhias yang disirami percikan cahaya sang mentari nian tegak meninggi. Wajah-wajah lewat usia, menagih kudrat dekad-dekad yang lalu, bagaikan tidak bermaya lagi menghabiskan putaran pedal beca yang ada di antaranya sebaya usia mereka.

Keriuhan deringan loceng-loceng beca yang dari berbagai bunyi dan nada, bagaikan seirama mencipta sebuah melodi indah, lantaran menenggelamkan pekikan suara enjin-enjin jentera moden yang melewati perarakan mereka. Namun dalam nada yang seirama itu, kedengaran pekikan bunyi hon sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam yang tampak garang dan tidak beradab, lantas sumbanglah irama indah anggota panca irama yang dianggotai oleh orkes warga penarik beca.

Kamal, seorang eksekutif muda mula mengerutkan dahi melihat perarakan beca di hadapan matanya yang tidak ubah seperti satu perlumbaan sang kura-kura di gelanggang lumba kuda. Wajahnya bengis mengumpul darah panas yang mula menghangatkan telinganya.

Tiada ruang untuk dia memintas deretan beca-beca tua yang ternyata terus tidak mempedulikan kehadirannya.

“Tepilah sikit.” Jeritan nada geramnya menjerit ke arah si penarik beca.

Namun, mereka hanya lewa menoleh ke belakang tanpa melemparkan apa-apa reaksi balas terhadapnya.

Kamal semakin geram. Jam tangannya kini melewati pukul dua belas tengah hari. Dia lantas menghentak stereng keretanya sambil membunyikan hon bingit yang panjang sebagai tanda protes tidak puas hati.

Tiba di satu selekoh, penarik-penarik beca mulai memberi ruang bagi Kamal melewati mereka. Mungkin kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan nada-nada sumbang pekikan bingit hon kereta Kamal yang sungguh menyakitkan telinga ataupun mungkin juga mereka sudah keletihan seharian mengayuh di bawah terikkan matahari, lantaran mengambil keputusan untuk berehat bagi mengumpul semula kudrat-kudrat yang telah hilang.

Sekali lagi Kamal  membunyikan hon panjang untuk melepas geram  dan terus memecut dari situ. Deruan enjin kereta Proton Perdana V6 itu bagaikan selari dengan deruan degupan jantung Kamal. Mungkin kelegaan kini dikecap oleh Kamal namun tidak pada dua insan warga penarik beca yang cukup tersinggung hati dengan tingkah dan perilaku Kamal.

Kadang-kadang terfikir oleh mereka, apakah ini yang berjaya diperoleh oleh kerajaan setelah menghabiskan wang jutaan ringgit demi membentuk sebuah masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa.

Pak Hassan yang mengayuh beca di belakang terus turun menuju ke arah Pak Jonet yang masih geram melihat aksi biadab Kamal. Wajah tuanya berkerut seribu. Gigi kuningnya mengetap bibir yang sejak dari tadi kekeringan dan kontang.

“Kalau bukan anak Deris sudah lama aku belasah budak tu.” tersembur kata-kata itu dari mulut Pak Jonet sambil  menoleh ke arah  Pak Hassan.

“Sabar jelah.” Pak Hassan menenangkan Pak Jonet.

Nafas deras Pak Jonet masih belum reda. Matanya merah  kegeraman  terus melihat kelibat kereta Proton Perdana itu yang membelah Banda Hilir hingga hilang dari pandangannya.

Benar kata Pak Jonet, kalau bukan kerana Idris sudah lama warga beca berkumpul bagi memutuskan apakah hukuman yang harus Kamal terima di atas perbuatannya itu. Namun kerana Idris jugalah mereka terpaksa mengalah.

Reda juga kemarahan Pak Jonet setelah diselaputi selawat panjang nan berulang. Mereka berlalu dari situ meninggalkan satu peristiwa yang bakal menjadi bualan dari mulut ke mulut di kalangan warga penarik beca tidak lama lagi. 

Haa itulah babak pertama dalam enovel ini dan kalau nak baca lebih.. boleh le buat pesanan dengan e-mail ke mr_martias@yahoo.com atau message kat FB. Harga yang untuk enovel ini adalah sebanyak RM 10 sahaja. Kalau nak kasi lebih pun tak apa. 

Novel ini telah diadaptasi dari skrip drama bertajuk ANAK PENARIK BECA dan telah memenangi beberapa Anugerah seperti Anugerah Skrip Terbaik , Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, ANugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Anugerah Penataan Cahaya Terbaik di Anugerah Sri Angkasa yang lalu.. Jadi kalau nak tahu kenapa naskah ini telah memenangi banyak anugerah boleh lah dapatkan enovel ini ya.. :)



Menuntut Ilmu Bersama Mia Liana

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa happyyyyyyyyynyaaaaaaaaaa rasa di hatiku.. betalah yang digelar setan Mak Dara errrr silap Mak Dara jeeeer takde benda S kat depan tu fuhhh simpang malaikat 44 huhuhu. Kenapa Mak happy sangat ni? Sebab sedari pagi Mak dara telah berjaya menuntut ilmu dari teman blogger yang mak anggap macam adik beradik mak dara dah iaitu MIA LIANA. Mak menuntut Ilmu pengasih.. oh no no no.. ilmu hisap jauh sekaliiii.. Mak menuntut ilmu yang berkaitan dengan blog le.. 

Mak Dara dan Mia
Do Not Disturb.. Kelas sedang berlangsung.. wahahaha

Fuhhh macam macam ilmu telah diturunkan oleh Mia kepada Mak.. Antaranya Mia dah ajarkan pada Mak Dara tentang Alexa.. Macam mana nak pasang meta tag alexa di blog.. Pergh berpinau pinau juga mata mak dara melihat mia menulis dan memasukkan semua coding coding di blog mak dara ni.. Mak susah nak jelaskan tapi kalau ada yang nak juga pasangkan meta tag di blog boleh baca cara caranya di tutorial entry Mia @ Pasang Meta Tag Alexa Di Blog ini ya ;)

Kemudian Mia mengajar Mak Dara cara cara untuk melihat pengomen terbanyak di blog mak dara ni.. Dan Mak dara telah pun letakkan list untuk PENGOMEN MEROYAN TEGAR tu di blog mak.. Nampak tak ada kat sebelah sidebar bawah tu.. cuba klik di link itu atau di SINI aje untuklihat siapakah pengomen terbanyak di blog meroyan mak dara ni.. 

Terima kasih Miaaaa kerana dah banyak tolong akak dalam membaik pulih blog akak yang agat tenat dan meroyan ni.. Tks Mia.. Jasamu akan ku kenang sampai bila bilaaaa.... Lap yuuuuuuuuuuu lahhhhh.... 

Jom Tonton Jelajah Rasa Etnik



Assalam duhai teman.. Kepada teman teman mak dara kalau free free tu tontonlah sebuah rancangan Masakan bertajuk JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA yang akan di siarkan di TV3 sebentar nanti..  Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan menjadi pengacaranya bersama sama dengan Chef El Hadi iaitu Chef daro Morocco. Skrip untuk rancangan ini ditulis oleh Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Nasyaemie..

Pada yang berada di pejabat dan tak ada TV anda boleh menonton TV3 secara live streaming di link di bawah. 


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support rancangan ini ya.. Terima kasih semuaaaaaaaaa dan selamat menonton  ;)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK