AL-FATIHAH.... setiap yang hidup akan kembali kepada NYA.. Di sini Mak Dara ingin mengucapkan mengucapkan salam takziah kepada keluarga blogger dan juga teman Mak Dara iaitu YANA YASSIN dan keluarga diatas kehilangan anak saudaranya iaitu Allahyarham Muhammad Nabil Zaim (2 bulan) yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 (Ahad) yang lalu.

Allahyarham adik Muhammad Nabil Zaim
#gambar hak milik yana yassin
Mak Dara tahu tentang arwah apabila kisah tentangnya selalu diupdate oleh Yana di facebook dan juga di blog milik Yana. Difahamkan bahawa arwah mempunyai sedikit masalah jantung dan sering berulang alik ke hospital..
Mak Dara juga baru saha kehilangan arwah ayah 105 hari yang lalu jadi Mak Dara amat amat memahami perasaan apabila kehilangan insan yang tersayang.. Semoga Yana Yassin dan keluarga tabah menerima ujian ini dan semoga rohnya Allahyarham adik Muhammad Nabil Zaim dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.