Wednesday, January 23, 2013

Trailer Drama PLANET KIARA

As salam duhai teman.. Mak Dara nak kongsikan bersama anda trailer drama bersiri bertajuk PLANET KIARA...


Drama Planet Kiara mengisahkan kehidupan seharian keluarga Prof. Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan robot PSN-1 di sebuah kota. Pada setiap siri, konsep sains akan ditonjolkan dengan huraian jawapan melalui interaksi kekeluargaan. Diharap penerbitan drama bersiri Planet Kiara ini akan dapat memberi nafas baru dalam penyampaian sains dan teknologi serta dapat mencetus populariti bidang sains di kalangan masyarakat pada masa kini.

Jangan lupa utk menyaksikan drama bersiri PLANET KIARA hasil skrip Adza Irdawati (Mak Dara), Adza Nasyaemie , Ayuni Zamani dan Martias Mohd Alisetiap Khamis jam 6:30 ptg hanya di TV3 ;)

Mak Dara Ke RTM kerana Kak Jemah dan Mak Kiah

Pada tika dan waktu ini Mak Dara sedang berada di RTM untuk bermesyuarat dan membincangkan tentang sebuah drama terbaru bertajuk KEBAYA KAK JEMAH KURUNG MAK KIAH . Skrip ini merupakan skrip yang ke 67 yang telah mak dara hasilkan. Dan kali ini skrip drama ini akan mak bergabung dan sama sama menulis bersama adik Mak Dara iaitu juga seorang penulis skrip seperti mak dara iaitu Adza Nasyaemie.. Kalau nak kenal siapa Adza Nasyaemie gambor dia telah mak letakkan di cover skrip seperti di bawah hehe

tagline drama KKJKMK
"Satu kampung, dua tukang jahit, hari raya bakal menjelma
siapa bakal menerima tempahan terbanyak?"

Nak jadi penulis skrip ni bukanlah satu kerja yang mudah.. Bukan hanya kami terpaksa mencari idea untuk sesebuah drama. Kami juga terpaksa membuat sinopsis dan menulis proposal. Kami juga mencadangkan artis artis dan pelakon bagi watak yang terdapat dalam drama ini. Dan kami terpaksa pergi membentangkan semuanya bersama panel panel RTM sebelum sesebuah drama itu diluluskan. Dah dapat dari green light barulah kami mula menulis skrip dan seterusnya bila skrip dah siap barulah shooting akan bermula.. Maka untuk jai seorang penulis skrip memerlukan kekuatan mental, mental, mental dan akhirnya barulah kekuatan fizikal.. Bukanlah hanya ketuk ketuk keyboard dah siap sebah skrip.. Huhuhu susah jugak nak jadi penulis skrip kan hehe

Apa apapun doakan semoga mesyuarat kami hari ini berjalan lancar ya.. Tak sabar nak hasilkan drama komedi ini.. 

Kisah Di Sebalik Tabir Majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA

Syukur alhamdullilah majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA yang Mak Dara anjurkan sempena anniversary ke dua tahun blog Mak Dara dan juga pre birthday bash harijadi Mak Dara yang ke 16+20 tahun telah pun selamat di jalankan pada 20hb Januari yang lalu.. Namun seperti dalam sebuah skrip drama.. memang tak best kalau jalan ceritanya asyik happy jer dari mula hingga ke tamatnya kan.. Contohnya kalau hero jatuh cinta dengan heroin dan semua ahli keluarga setuju dan kahwin dan hidup happily ever after.. Hmmm memang tak best kalau takde sedikit konflik di pertengahan cerita tu kan.. nak lagi best buat yang hero tu sebenarnya dah kahwin dengan sorang janda last last jumpa sorang awek dan nak kahwin dengan awek itu dan nak jadikannya sebagai isteri kedua dan terkejut apabila bakal isterinya itu sebenarnya adalah anak kepada isteri pertamanya .. haaa kan ke bestt tu

Begitu lah juga yang telah terjadi kepada majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA itu.. Sebenarnya banyak kisah di sebalik tabir majlis itu . Namun ada antara teman tetamu yang tahu dan ada juga yang tidak tahu apa yang sedang berlaku semasa berlangsungnya majlis itu..Meh mak dara kongsikan kisah di sebalik tabir pembikinan majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA...

FAKTA: 1)
Mak Dara telah booking / sewa lokasi seluruh RAMPAI PALACE CAFE & LOUNGE pada 17hb Jan (khamis) sempena tarikh genapnya 2 tahun anniversary blog Mak Dara



YANG BERLAKU...
Tarikh majlis telah ditunda kepada 20hb Jan untuk memudahkan tetamu hadir kerana tarikh itu jatuh pada hari Ahad.

FAKTA : 2
Mak Dara telah menempah sebiji kek sempena anniversary blog Mak Dara ini dan harus pick up cake tersebut pada 17hb Januari

YANG BERLAKU...
Kek yang telah ditempah 2 minggu awal itu terpaksa ditunda kerana tarikh telah bertukar Dan syukur kek yang siap akhirnya sangat memenuhi apa yang telah Mak Dara tempah.


FAKTA : 3
Mak Dara telah sediakan doorgift dan hadiah cabutan bertuah untuk semua hadirin yang datang..

 
terima kasih kepada anak mak dara Adza Danina kerana sudi bantu Mak dara 
packing barangan D"ADZA COSMETIC

YANG BERLAKU...
Malam sebelum majlis Mak Dara menyedari bahawa semua doorgift dan hadiah cabutan bertuah khas untuk wanita sahaja dan menyedari bahawa tiada hadiah untuk blogger/tetamu lelaki yang hadir. Syukur alhamdullilah somi Mak Dara telah sponsor T-shirt dari groupnya iaitu Tshirt MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB . (Somi Mak Dara adalah president bagi club itu hehe)

 
Somi Mak Dara, MARTIAS ALI adalah president bagi MBC ;)Cover Photo

   
akhirnya blogger/tetamu lelaki menerima hadiah tshirt MBC Club

 
Blogger Mak Lady sponsor dua buah minyak wangi untuk 
hadiah cabutan bertuah

FAKTA :4
Majlis diwartakan bermula pada pukul 2:30 petang

YANG BERLAKU:
Mak Dara tiba pukul 2:00 petang namun Blogger Deqnoor dan Cik Siezuka sampai ke lokasi dahulu sebelum Mak Dara .. Aiseymen.. Mak Dara sepatutnya sampai lebih awal dan tak sepatutnya membuatkan tetamu menunggu.. Nasib baik Deqnoor dan Cik Siezuka chill dan relax je hehe

 
Maafkan Mak Dara kerana terlewat ye Deqnoor dan Cik Siezuka
you guys memang sportinggggg muahhhhh

FAKTA : 5
Yang ni memang klimak melt down Mak Dara.. Time ni memang rasa rasa sangat frust dan rasa macam nak menagisssssssssssssssssss .. Mak Dara dah tempah/sewa lokasi dan makanan di Rampai Palace dan telah menyatakan bahawa majlis mak dara itu akan diadakan pada pukul 2:30 petang..

YANG BERLAKU...
Pihak management telah mendapat salah information dari pekerjanya dengan menyatakan bahawa majlis bermula pada pukul 5:30 petang.. Tapi hakikatnya Mak Dara telah pun beritahu bahawa majlis bermula pada pukul 2:30 petang. Maka apabila tetamu tiba semua terpaksa dijamu minum air dahlu kerana pada ketika itu Chef sedang keluar membeli barangan untuk masak.. Syukur alhamdullilah setengah jam selepas itu makanan pun siap.. Nasib baiklah semua tetamu sporting.


 

Sesungguhnya untuk mengendalikan sesebuah majlis bukanlah sesuatu yang senang.. Pasti ada dugaan yang tidak disangka sangka.. Namun bersyukur ke hadratnya akhirnya majlis itu dapat merapatkan lagi persahabatan dan ukhwah mak dara bersama teman teman blogger yang hadir pada hari itu.. Semoga anda semua tak serik serik untuk bertemu mak dara lagi ya.. Jika ada sebarang kekurangan dan kesalahan mak susun sepuluh jari memohon maaf sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari Mak Dara sendiri..


Cute ke haha - WW



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK