As salam duhai teman.. Ok ini satu situasi yang amat terdesak.. Sekarang Mak Dara sedang menulis sinopsis/proposal untuk sebuah drama bersiri bertajuk RAGAM MANUSIA.. Ia lebih kurang macam cerita TANAH KUBUR di mana di setiap ending episod ada pengajaran yang dapat diambil dari apa yang telah berlaku.. Drama bersiri ini berjumlah 20 episod semuanya dan mak dara tulis bersama sama adik Mak dara iaitu ADZA EMIE.. Maka kami masing masing tulis sepuluh episod setiap sorang..
Ok di sini Mak Dara dah jadi jemmmm sesangat.. bayangkan dalam sebuah cerita pasti ada watak hero watak heroin.. tu belum masuk watak watak sampingan lagi .. Lebih kurang satu drama memerlukan sekurang kurangnya 5-7 watak utama.. Mak Dara dah siapkan beberapa episod dan kini dah habis idea nak tulis nama siapa lagi hehe.. Ada cadangan? nak letak nama anda, nama kawan kawan anda tak dalam drama ni.. Kalau stesen TV lulus aje sinopsis dan proposal ni boleh terus shooting dan nama anda cadangkan akan berada dalam drama ini insyaallah..
Tapi mak dara akan memilih nama yang sesuai dengan watak aje ye.. Kalau nama yang anda cadangkan tu mak letakkan pada watak hero ke heroin ke orang jahat ke jangan marah ye almaklum namanya pun drama so watak di dalam drama itu tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah tiada ye ia hanya sekadar nama.. Harap anda faham.. Dan jangan kecil hati pulak jika nama yang anda cadangkan mak dara tak ambil dan gunakan, maybe tak kena dengan watak yang mak dara tuliskan.. Jadi ada sesiapa nak bagi cadangan?