Sunday, January 27, 2013

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG

Hujan yang turun bagaikan mutiara.....

Haaa bercakap tentang hujan .. tak beberapa minit yang lalu hujan lebat mulai melanda kawasan perumahan Mak Dara di Lembah Keramat ni.. Memang tak kasi warning punya... terus sekali turun dengan lebatnya... Masa itu jugak anak anak Mak Dara bersama sepupu sepupu mereka tengah sakan bermain depan rumah. Almaklumlah cuti cuti macam ni memang semua anak anak buah suka berkumpul di rumah Mak Dara... Dan tatkala itu juga mak dara dengan spontan dan separa sedar terus aje menjerit pada anak anak dan anak anak buah supaya masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mereka terkena air hujan. Setelah puas menjerit masuk lah satu persatu muka mereka yang masam dan mencuka.. Kesian juga pada mereka kerana permainan harus dihentikan tapi sebab tak mahu mereka demam maka keputusan dipegang kemas tiada kompromi...

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG
Maaf le takde gambar anak mandi hujan mandi air terjun ada malas pulak nak copy paste gambar milik orang so anggap jelah macam anak teruna mak dara itu sedang mandi hujan ye hahahaha. Maka bila dah masuk dalam rumah tiadalah aktiviti lasak yang dapat dilakukan mereka jadi tengok TV aje lah sambil masing masing saling memujuk sesama mereka

kesiannnn pulak nengok mereka ni tadi

Kesian jugak dengan anak anak dan anak buah Mak Dara ni .. Hujan turun dengan lebat mak terus jerit suruh masuk dan main dalam rumah aje.. Padahal masa Mak Dara kecik dulu pantang hujan turun aje terus capai sabun dan mandi hujan... huhu zaman dah berubah anak anakku.. Rasanya hujan pada zaman dulu takdelah airnya tercemar macam hujan zaman sekarang ni kan

psst pssttt anda pernah mandi hujan? 


Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # 2

Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 sebuah majlis anjuran DENAIHATI  iaitu sebuah majlis untuk bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.dan juga bertujuan untuk eraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.Di anggarkan lebih  100 orang blogger telah menghadiri majlis ini semalam termasuklah dengan Mak Dara sendiri..


Waduhh terasa diri begitu kerdil tatkala menapak masuk kedalam dewan itu. Toleh kiri nampak blogger otai.. toleh kanan nampak blogger hebat.. Nasib baik tak meroyan dibuatnya semalam ehehe.. Syukur alhamdullilah ada juga blogger yang sudi bertegur sapa dengan blogger picisan macam Mak Dara ni hehe.. Ok semalam snap snap gambor sampai nak penuh memory card niat di hati nak je upload semua gambar dalam satu  entry tapi dikhuatiri anda semua akan mabuk gambor kalau tengok banyak gambar dalam satu satu masa maka mak buat entry berepisod ok.. Haa jangan ingat drama je ada episod entry pon boleh uols.. Ok jom layanzzzzz

mula beratur untuk masuk ke dewan majlis dan mendaftar 

para blogger mula mendapatkan tempat duduk masing masing


Yeay mak dara dan somi dapat tempat duduk


anak teruna Mak Dara Adza Haiqal



bertemu dengan blogger Sharidawati Shahrudin

bersama Puan Bee dan Sharidawati yang AWESOME

bersama blogger manis lagi ayu Ema


memang besttt dpt jumpa geng satu kepala dgn mak dara


LIVE TWEET

Acara dimulakan dengan ucapan dari DENAIHATI

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 kemudian di mulakan dengan ucapan dari DENAIHATI  . Apa yang berlaku selepas ucapan itu dibuat.. Siapakah pemenang IPHONE5 dan juga hadiah cabutan bertuah sila tunggu di episod entry yang seterusnya ya.. tungguuuuuuu.. wahh boleh gitew hehee..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK