Monday, January 28, 2013

Mak Dara Menang IPAD MINI Di Cabutan Bertuah SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013

Semasa berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # SBB2013 Mak Dara duduk semeja bersama somi Mak Martias Ali, anak Mak Dara Danial Haiqal, Kazen si Mak Lady, anak saudara mak si Jejari Runcing, Blogger Faizal PJ dan siteri dan juga suami kepada blogger Cik Laili .com.. Dan semasa acara cabutan bertuah dilangsungkan.. Sorang demi sorang dari mereka menerima hadiah cabutan bertuah.. Terdetik juga di hati aiseymen meja ni memang bertuah hampir setengah dari penghuni meja ni dah menang cabutan bertuah.. tapi aku ni macam tak bertuah je hari.. Baru je nak sentap tiba tiba......

Lutut tiba tiba menjadi getar , tangan turut merasa tempias getarannya dan mulai berpeluh peluh tatkala nama Mak Dara terpampang di skrin sebagai pemenang cabutan bertuah di majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 itu..

Mak Dara bersama blogger ARIFF SHAH dan 
Big Boss MSMW En Shahul Rauther Kecil 

Waduh memang tak di sangka sangka akan menang dalam cabutan bertuah tu.. Lagilah tak sangka untuk menang IPAD MINI.. perghhhhh meroyan jap patblas minit setengah dibuatnya.. Perghhhhh tahun 2013 ni memang tahun bertuah untuk Mak Dara sekeluarga.. Sujud syukur kepadaNya atas rezeki yang diterima ini.. syukur alhamdullilah..

Namun keadaan Mak Dara semasa menerima hadiah dari En Shahul Rauther Kecil yang merupakan founder & president Malaysia social media chambers MSMW dan blogger ARIFF SHAH seperti sedang berada dalam dejavu.. Teringat lagi semasa Mak Dara menerima hadiah dari En Shahul di majlis AWARD MSMW tahun lepas..Tak sangka akan terima lagi hadiah dari tangan beliau selepas dari majlis MSMW yang lepas hehe

 

 
Mak Dara menerimawa award dari Dato' Seri Utama DrRais Yatim 
bersama En Shahur di MSMW 2012 bersama para pemenang & Ariff Shah 

Memang betul betul DEJAVU rasanya semalam bila dapat bertemu kembali kedua dua mereka.. Dan rasa bertambah terharu apabila Encik Shahul masih mengingati Mak dara.. Hehehe mesti ingat sebab blog mak dara kan worst blog of the year hahahaha

Mak Dara bersama Arif Shah di majlis SBB2013

Perghhh tiba tiba entry ni ada flashback kan.. Very the drama like kan.. almaklumlah dok tulis skrip ada babak flashback.. dalam blog pun nak jugak buat macam tu hahaha . Selain dari saudara DENAIHATI Mak dara juga nak berterima kasih kepada penaja Ipad Mini ini iaitu Tuan Haji kerana telah sudi mensponsor beberapa buah Ipad mini untuk hadiah cabutan bertuah ini dan sebagai salah seorang penerima Ipad mini ini saya amat amat menghargainya terima kasih Tuan Haji..


Tuan Haji yang telah sponsor ipad mini.. terima kasih Tuan Haji
(t.kasih DH gambar ini Mak Dara kidnap dari wall group DH jgn marah ye hehe)


Perghhhh berbaloi baloi jugak mak dara bercekang mata selama beberapa hari bagi mengarang dan menghasilkan entry dan video istimewa untuk menyertai contest IPHONE 5 GADGET IMPIAN.. Apa apapun Mak Dara amat berterima kasih kepada DENAIHATI atas hadiah yang sungguh sungguh sungguh AWESOME ini.. Akan saya gunakannya untuk terus memeriah dan memeroyankan dunia blogging ini di masa hadapan insyaallah... Sepetang Bersama Blogger 2013 terbaekkk...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK