Wednesday, January 30, 2013

Persediaan Ku...

Masa pantas berlalu.. Dari mula berangan pada tahun lepas.. Sehingga dihadiahkan oleh suami pakej umrah sempena harijadi yang lalu namun masih rasa seperti dalam mimpi.. Rasa macam tak percaya yang diri ini bakal ke sana.. Sehinggalah pada minggu lalu apabila mengikuti kursus umrah dan terutamanya pada pagi tadi apabila mula packing baju haaa realiti mula mengetuk .. Ish memang betul betul dah nak pergi ni... 7 hari dari tarikh hari ini aku akan berangkat ke sana..




Ada beberapa barang lagi harus dibeli dan dibawa bersama.. Dan bercadang nak siapkan bahagian packing hari ni juga. Selebihnya nak persiapkan pesedian diri , mental dan fizikal sebelum berangkat pada 6hb Feb nanti.. Doakan semoga dipermudahkan perjalan pergi dan pulang mak dara dan somi mak ye... amin...

Buat somi ku .. Terima kasih yang tidak terhingga atas hadiah ini.. Hadiah paling bermakna pernah diterima sepanjang hayat.. Semoga dipermudahkan perjalan kita ini insyaallah amin..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK