Saturday, February 2, 2013

UNCLE GEDEK STYLE

Haaa jangan ingat GANGNAM STYLE aje yang telah jadi satu fenomena di dunia dan di Malaysia.. Fenomena UNCLE GEDEK STYLE juga telah melanda di majlis gilang gemilang Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 baru baru ini...

Haaaa pada siapa yang tak kenal UNCLE GEDEK ni memang rugiiiiiiiii leeee.. Uncle gedek merupakan blogger yang sangat kreatip, imaginatip, inovatip.. errr motip? hehe motip mak dara bukan saja saja nak puji atau "kipas" ye.. Memang mak dara amat mengkagumi beliau dan blognya sejak mak dara mula buka blog lagi.. Pada yang dah tahu siapa Uncle Gedek, anda dah sedia maklum akan niche blog beliau tapi bagi yang belum tahu moh mak dara nak khaborkan yang blog beliau ni penuhhhh dengan gambor self potrait beliau.. memang unik dan lain dari yang lain.. Dan tak sangka pulak dapat bertermu beliau in person di majlis Sepetang Bersama Blogger  itu. Ramaiiii blogger tidak lepaskan peluang bagi bergambor dengan Uncle Gedek.. Maka apa lagi.. Mak Dara pun taknak ketinggalan menyertai fenomena UNCLE GEDEK STYLE,nak jugak tiru gaya UNCLE GEDEK ni.. Dan hasilnya..

aiseymen tak cukup masam.. snap lagi...

ish tak cukup serius lagi.. snap lagi..

haaaa akhirnyaaaaaaa

Perghhh ingat senang ke nak buat UNCLE GEDEK STYLE ni.. muka kena serius.. Setelah beberapa percubaan rasanya itu ajelah muka serius yang dapat mak buat.. Tapi kata anak mak muka macam lapar aje.. Adoi ada juga yang kena luku jap lagi ni wahaha.. Apa apapun terima kasih Uncle gedek kerana melayan meroyan saya dan sudi snap snap gambor bersama saya.. 

Pada anda yang nak belajar cara UNCLE GEDEK STYLE boleh le ke blog beliau @ http://www.blogbeginsatforty.com/ jommmmmmmm...


pls pls pls klik VOTE utk MD ya ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK