As salam duhai teman..
Alhamdulillah.. Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua.. InsyaAllah, sekiranya tiada halangan, Mak Dara dan somi Martias Ali akan berlepas pada esok pagi 6hb Feb 2013 bagi mengerjakan Umrah..
Mak dara akan bertolak ke airport pada pukul 5 pagi ini. Sehubungan dengan itu, Mak Dara ingin mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan dan juga kehalalan atas segala dosa Mak Dara sepanjang kita berkenalan di alam maya mahupun yang bersua muka sepanjang kita saling kenal mengenali. Maafkanlah jika terkasar bahasa dan perbuatan yang sedar mahupun juga yang diluar sedar.. Ampun dan maafkanlah diriku duhai teman...
InsyaAllah, dengan kemaafan, dan kehalalan serta berkat doa teman teman yang dikasihi akan dapat memudahkan perjalanan saya mengerjakan umrah. Doakan agar perjalanan Mak Dara dan Somi ini dipermudahkan ya.. Amin...