Friday, February 8, 2013

Salam Dari Kota Madinah

Assalam duhai teman.. Salam dari kota Madinah.. Syukur alhamdullilah mak dara telah berada di sini selama 3 hari.. Tiada kata dapat digambarkan selainkan dari.. Sungguh menakjubkan.. Syukur alhamdullilah dapat ke beberapa tempat menakjubkan di kota Madinah ini dan paling terutama apabila dapatmenjejakkankakike Masjid Nabawi dan bersyukurrrr kerana dapat melawat ke Makam NabiJunjungan kita iaituNabi Muhamad saw dan dapatmelakukan solat sunat di Raudhah al Mutahharah.. Syukur apabila segala urusan dimadinah ini dipermudahkan olehnya.. Sebentar saja lagi mak dara dan suami akan berangkat bersama rombongan umrah yg lain dan akan ke kota Mekah .. Mak dara mohon berundur dulu kerana harus mula mempersiapkan diri dalam beberapa proses sebelum memakai ihram.. Doakan agar segala urusan umrah mak dara dipermudahkan ya.. Amin...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK