Monday, February 11, 2013

Jabal Nur - Gunung Bercahaya

Semalam Mak Dara dan rombongan umrah yang lain di bawa menziarah Jabal Nur atau lebih dikenali sebagai Gunung bercahaya. Asalnya gunung ini dinamakan GUNUNG HIRA. Di puncak gunung ini terdapat sebuah gua yang kita kenali sebagai GUA HIRA dan di situlah Nabi Muhammad SAW menjelang usianya masuk 40 tahun pada setiap Ramadhan Baginda saw bertahanuth di sana sehingga bertepatan pada malam 17 ramadhan genap usia Nabi 40tahun. Baginda saw menerima wahyu yang pertama.

Apabila menziarah ke sana diri menjadi insaf melihat bertapa susah payah nabi saw dslam menempuh liku liku hidupnya pada peringkat awal hingga seterusnya menjadiRasul. Tetapi berkat kesabaran Baginda saw akhirnya kejayaan yang cemerlang menyebelahi Baginda saw.












Jabal Rahmah - Bukit Kasih Sayang

Jabal Rahmah terletak di atas sebuah bukit di Arafah. bukit ini terkenal dengan nama Bukit Kasih Sayang . Di sinilah Nabi Adam a.s bertemu dengan isterinya Hawa setelah sekian lama mereka terpisah. Mereka berkenalan semula dengan mesra dan penuh kasih sayang , setelah menerima kaffarah (penebusan dosa dengan pelbagai keperitan dan penderitaan) lantaran memakan buah larangan syurga dahulu.. Dan dibumi Arafah itu juga akhirnya disyari'atkan kepada Nabi kita Muhammad SAW untuk menjalani satu amalan ibadah haji dengan berwuquf di sana..

Masyaallah tidak pernah sekali kali mak dara terfikir akan memijakkan kaki ke tanah Arafah dan juga melihat Jabal Rahmah di hadapan mata .. Syukur syukur syukur ya Allah... alhamdullilah...
















Mina Makkah

Semasa program ziarah mak dara dan rombongan umrah telah dibawa ke beberapa tempat bersejarah di Makkah dan antara tempat yang kami lalui ialah kawasan Mina. Mina adalah sebuah bandar kecil yang terletak di sebelah timur kota Makkah.pada hari hari biasa, Mina merupakan sebuah bandar yang tidak dikunjungi tetapi bila tiba musim haji mina dikunjungi ramai orang. Di sini jugalah terletaknya ketiga tiga Jamrah iaitu tempat melontar nbatu dan tempat penyembelihan binatang korban pada setiap tahun.










Gambar Tempat Kelahiran Nabi Muhammad SAW

As salam duhai teman syukur alhamdullilah semalam mak dara berkesempatan untuk melawat ke tempat kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Tempat ini terletak di Suqullail tidak jauh dari masjidil haram dan kaabah. Pada masa kini sebuah perpustakkan yang seperti di gambar di bawah telah didirikan di atas tapak tempat kelahiran nabi kita itu.. Masyaallah sungguh terharu tika menjejakkan kaki di situ hanya tuhana sahaja yang tahu...










THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK