Wednesday, February 13, 2013

Suasana Subuh Di Masjidil Haram Mekah

As salam duhai teman.. Mungkin waktu di tanah air kini sudah tengah hari namun di Mekah pada masa kini baru sahaj selesai subuh. Kemeriahan subuh amat amat terasa bila berada di Mekah ini.. Ia sesuatu yang tak dapat mak dara gambarkan dengan kata kata.. Rasanya picture speaks louder than words eh ada ke pepatah camtu hehe dalam erti kata lain moh mak dara kongsikan gambar suasana Subuh Di Mekah bersama anda ya....

Seperti keadaan gambar gambar di bawah begitulah keadaannya tiap kali masuknya waktu solat terutamanya lebih sesak pada waktu subuh khususnya.. Begitulah jalan yang mak dara lalui setiap hari.. Memang sangat sangat meriah kalau di malaysia saat saat macam ni selalunya pada pada hari raya kan hehe.. Alhamdullilah cuaca di mekah pada hari ini ok tak panas dan tak sejuk.. Dan syukur alhamdullilah kesihatan mak dara dan suami pun ok syukur..

Dengar khabar teman blogger iaitu blogger Abang Ensem pun sudah tiba di Kota Madinah pd 10hb lalu untuk melakukan umrah juga. Kepada teman teman dan pembaca yang disayangi doakan agar umrah kami dipermudahkan ya.. Amin...














THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK