As salam duhai teman.. Beberapa hari yang lalu Mak Dara telah berkeaemoatan untuk melakukan Umrah yang ketiga.. Syukur alhamdullilah mak dara dan somi diberikan kesihatan dan dapat meneruskan umrah yang mak dara buat khas buat arwah ayah Mak Dara iaitu allahyarham Adenan Arshad.. Teringin untuk mak dara kongsikan perjalanan umrah ketiga mak dara ini kepada semua teman teman dan pembaca mak ini...
Sebelum memulakan umrah semua jemaah haruslah berniat umrah atau bermiqat di luar dari kawasan tanah haram. Maka mak dara dan somi beserta jemaah yang lain telah dibawa ke Masjid Taneem untuk bermiqat disana.. Di sana semua jemaah harus melakukan solat sunat tahiyul masjid dan juga solat sunat ihram (jika bukan waktu tahrim). Setelah selesai kami semua terus berniat umrah..
Setelah itu kami semua di bawa semula Ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf, Saie dan tahalul..