Sunday, February 17, 2013

TAWAF

As salam duhai teman.. Ini adalah entry sambungan dari entry Bermiqat Di Masjid Tanaem iaitu entry untuk berkongsi pengalaman Mak Dara menjalankan umrah ketiga mak dara.. Ok setelah Mak Dara bermiqat ( berniat umrah di tanah halal di masjid tanaem) maka mak dara dan semua jemaah yang lain terus dibawa ke Masjidil Haram bagi melakukan Tawaf.

Tawaf ialah mengelilingi bangunan Kaabah sebanyak tujuh pusingan . Bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir di situ juga. Afdalnya setiap jemaah harus mengadap Baitullah dengan sepenuh tubuh jika tidak dapat kerana kesesakan manusia yang amat sangat maka boleh toleh sahaja ke arah hajar aswad sedang bahu kiri bersetentang dengan Kaabah serta berniat mengikut tawaf yang dilakukan . Kemudian semua jemaah harus lakukan istilam yakni menjabat hajar aswad dengan tapak tangan atau dengan insyarat melambai lambai hajar aswad sambil berrtakbir..

Selama mak dara melakukan umrah ini mak dara tidak berkesempatan untuk mencium hajar aswad lagi.. Mungkin bukan rezeki mak dara lagi.. In sya Allah semoga mak dara dipanggil lagi untuk menjadi tetamuNya dan berkesempatan mengucup hajar aswad juga satu hari nanti...

Ok nantikan entry pengalaman mak dara melakukan Saie dan tahalul pula selepas ini ya In Sya Allah....











Ladang Unta Di Hudaibiyah

semalam Mak Dara di bawa ziarah ke Hudaibiyah dan salah satu tempat yang kami pergi ialah di Ladang Unta.. Lokasinya di tepi highway sahaja dan berdekatan dengan masjid Hudaibiyah..

Menjejak sahaja kaki ke ladang unta itu mak dara dan semua jemaah tak lepaskan peluang untuk menangkap gambar dengan unta unta yang sangat manja itu.. Memang seronok dapat beri unta unta tu makan dan dapat pegang anak anak unta di sana..

Akhir sekali kami pun minum susu unta yang dijual oleh pemilik unta di situ.. Harga sebotol susu unta adalah 5 riyal .. Rasanya memang lain sikit tapi mak dara gagahkan juga untuk meminumnya.. Bukan selalu dapat merasa susu unta ni kan.. Hehe
















THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK