Monday, February 25, 2013

"PROJEK BIKIN HANTARAN" Berjaya!

Pot pet pot pet sambil tangan berjalan disambung lagi dengan pot pet pot pet akhirnya sedar sedar saja jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dan syukur alhamdullilah ""PROJEK BIKIN HANTARAN" pertunangan untuk adik tunggal lelaki Mak Dara si ADZA EDIE IZWAN akhirnya BERJAYA! Syukur alhamdullilah...

Memang semalam planingnya hanya untuk membeli tepak bekas hantaran sahaja . Maka Mak Dara serta adik adik mak iaitu Adza Edie, Adza Rina, Adza Emie dan sominya Zainal telah ke Nilai iaitu pusat jualan hantaran terbesar. Kami ke sana hingga pukul 10 malam semalam dan tiba pukul 11 di rumah. Sesampai di rumah ingat nak buat lah tepak hantaran semampu kami dalam kepala plan maybe boleh siapkan dua ke tiga tepak hantaran je.. Tup tup seronok dan exited nak terima adik ipor punya pasal jangankan tepak aje yang siap.. dengan sekali 6 hantaran pun kami siapkan.. Sampai kami sendiri tak percaya bila tengok semua dah siap.. Aiseymen majlis tunang pada 23hb Mac depan apa mau bikin lagi bila semuanya dah siap.. Ahhh kita goyang kaki aje lah lepas ni hehe

Adza Rina dan Mak Dara sedang bikin hantaran


Haaa amacam cantek tak hantaran dari pihak kami? Ada yang nak tempah? hehehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK