Tuesday, February 26, 2013

Nama Blogger Sebagai Nama Hero Dalam Drama HIJABISTA KAMPUNG


Sempena ulang tahun Anniversary kedua tahun blog BICARA MAK DARA pada 17hb Jan lalu. Mak Dara terpanggil untuk menyeponsor (sponsor) untuk sebuah pencarian yang diadakan oleh sebuah radio internet hebat yang menjadi fenomena di alam maya kini iaitu radio GOMOFM bersama sama deejay deejay hebat iaitu DJ KUBI, DJ KAK PAH , DJ RAFINA MIMI dj zara dan dj ct lain lain deejay yang hebat hebat belaka. GOMO FM telah mengadakan satu search atau pencarian untuk mencari bakat bakat baru dalam sesi "GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA" .

Pasti anda kini tertanya tanya apa yang Mak Dara nak sponsor pada pemenang bagi pencarian ini.. Hadiah wang tunai kah? Hadiah percutian kah? Sebenarnya bagi pemenang GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA, nama pemenang itu akan Mak Dara akan masukkan dalam skrip terbaru mak dara.. Bukan nama watak extra bukan nama watak pak pacak tetapi nama kepada watak HERO atau HEROIN dalam drama itu.. Haa amacam.. Ok tak hadiah sponsor Mak Dara ni? 

Akhirnya pemenang bagi "GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA" telah pun diumumkan oleh pihak GOMO FM iaitu Mohammad Samsudian . Mohammad Samsudian ini juga adalah seorang Blogger. Dan beliau merupakan pemilik blog BLOG SAJE SAJE 

gambar hak milik terpelihara Mohammad Samsudian

BLOG SAJE SAJE milik Mohammad Samsudian

Mak Dara telah memasukkan NAMA PEMENANG  Mohammad Samsudian atau lebih dikenali sebagai SAM sebagai nama WATAK UTAMA/HERO drama terbaru bertajuk  HIJABISTA KAMPUNG .  Skrip drama ini Mak Dara telah tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie .  

Pelakon iaitu HERO yang membawa watak sebagai SAM ialah pelakon yang sedang hangat sekarang dengan filem JUVANA iaitu ADAM SHAH

ADAM SHAH pic by google
Drama ini telahpun tamat penggambarannya dua minggu yang lalu. Drama ini telah diterbitkan oleh En Jurey Rosli dan di arahkan oleh Encik Hazreen Hakim.

Adam Shah @SAM dalam satu babak HIJABISTA KAMPUNG
 
Kartina Aziz dalam drama Hijabista Kampung
Barisan pelakon HIJABISTA KAMPUNG
pic hak milik pengarah En Hazreen Hakim

Drama HIJABISTA KAMPUNG mengisahkan tentang.. Sebuah Kampung yang mempunyai dua tukang jahit yang handal. Dan konflik tiba setiap kali hari raya dimana kedua dua tukang jahit akan berebut mendapatkan tempahan baju raya terbanyak .. Drama ini akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilftri tahun ini . Fuhh tak sabar untuk menonton drama komedi ini. 

Akhir sekali tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Samsudian kerana telah menjadi juara GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA . Dan jutaan terima kasih kepada pihak GOMO FM terutama nya kepada DJ KPah kerana sudi bekerjasama dengan saya . Harap harap lepas ni dapat masukkan bukan saja nama para blogger tetapi para blogger sendiri dalam sebuah drama Mak Dara suatu hari nanti.. Kompom meriah uols....


Jom Tonton Jelajah Rasa Etnik





Assalam duhai teman.. Kepada teman teman mak dara kalau free free tu tontonlah sebuah rancangan Masakan bertajuk JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA yang akan di siarkan di TV3 setiap hari selalsa jam 11:30 pagi iaitu sebentar saja nanti..  Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan menjadi pengacaranya bersama sama dengan Chef El Hadi iaitu Chef daro Morocco. Skrip untuk rancangan ini ditulis oleh Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Nasyaemie..

Pada yang berada di pejabat dan tak ada TV anda boleh menonton TV3 secara live streaming di link di bawah. 

Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support rancangan ini ya.. Terima kasih semuaaaaaaaaa dan selamat menonton  ;)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK