Mak Dara dan Somi telah menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam tadi. Dan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam ini telah juga diadakan penyampaian hadiah bagi Anugerah Cipta. Dan sebanyak 11 Anugerah Cipta telah disampaikan kepada para pemenang. Dan antara yang menerima hadiah malam semalam ialah Syafiq Yusof iaitu anak kepada Yusof Haslam dan dia telah menggondol Anugerah Pengarah Harapan untuk filem S.A.M.
Mak Dara duduk tidak jauh dari tempat duduk Syafiq, Yusof Haslam dan isterinya maka Mak Dara sempatlah snapkan beberapa keping gambar eksklusif semasa Syafiq dinobatkan sebagai pemenang..

Mengumumkan nama calon calon untuk kategori Anugerah Pengarah Harapan

Yusof Haslam memeluk Syafiq setelah dia dinobatkan sebagai pemenang



Syafiq mencium tangan ibunya sebelum menaiki pentas menerima anugerah

Syafiq menerima Anugerahnya


Syafiq memberi ucapan
Itulah antara gambar gambar yang sempat Mak Dara snapkan di saat saat Syafiq dinobatkan sebagai pemenang . Mak Dara pasti Abang Yusof Haslam dan isteri bangga dengan pencapaian anak mereka itu.
Tahniah diucapkan kepada adik Syafiq Yusof kerana telah berjaya memenangi ANUGERAH PENGARAH HARAPAN.. Semoga adik dapat menghasilkan lebih banyak filem filem yang berkualiti dan terbaik di masa akan datang.. All the best...
Untuk melihat senarai dan gambar EKSKLUSIF 11 Pemenang Anugerah Cipta Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) sila klik di SINI