As salam duhai teman.. Mak dara just nak share dengan anda apa yang mak dara lihat petang tadi.. Semasa mak dara on the way ke Hospital KL untuk menjemput ibu Mak Dara yang telah dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital, mak dara terlihat beberapa buah trak trak yang tertera UN di trak itu..
Ni adalah pertama kali mak dara melihat trak itu.. Kalau trak polis atau askar selalulah mak nengok . Ye lah keluarga mak dara banyak yang bapak polisi sama askar atau dalam bahasa kedah kami panggil askar ni "mat terap" (oleh sebab posisi askar yang selalu meniarap ketika menjalani latihan hehe) . Tapi menatap trak UN ni kira first time.. Waduh adakah kawasan di sini falam bahaya atau trak itu hanya meronda atau hanya sekadar melalui kawasan ini.. Haaa idokle mak dara mahu membuat sebarang spekulasi..
Walau apa apapun semoga negara kita aman damai seperti dahulu.. Kita patut berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana menjaga keamanan negara yang kita cintai ini.. You guys are our hero... :)