Monday, March 11, 2013

Sambungan Drama Adam Dan Hawa - Versi Meroyan

Anda peminat drama bersiri yang sangat ngetop iaitu ADAM DAN HAWA?? Siapa yang tak minat kan? Semua pun dah kena demam Adam dan Hawa walaupun drama tu dah lama habis dan kini sedang diulangtayang .. Ingat lagi Adam yang bekerja sebagai pilot? 

ADAM aka Aaron Aziz dalam 
ADAM DAN HAWA
pic credit to rentakartis.com

Kini terdapat sambungan kepada watak Adam dalam 
ADAM DAN HAWA versi Meroyan ....

drama baru sambungan berjudul 
ADAM DAN HAWAQ

Hahahahaha amacam OK tak? ADAM DAN HAWAQ.. Hawaq ni dari bahasa kedah dan maknanya lebih kurang sama dengan Loklaq dan Pelaq ala ala macam tak senonoh lah gitu... 

Haaaa jangan ada yang betul betul percaya pulak yang drama ADAM DAN HAWA ni akan disambung.. Mak main main je.. Gambar di bawah gambar Aaron tu adalah gambar anak sulung Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal atau dalam dunia blog dia gunakan nama Eqal je (http://qarlyazz.blogspot.com/) . Al kisahnya beberapa hari yang lalu Mak Dara dan somi membawa anak anak ke KIDZANIA. Di Kidzania anak-anak memainkan peranan sebagai orang dewasa sambil mempelajari berbagai profesion dan kerjaya. Misalnya, menjadi seorang dokter, pilot, pekerja konstruksi, detektif swasta, arkeolog, pembalap F1 dan lebih dari 100 jenis PROFESI dan PEKERJAAN orang dewasa lainnya. Dan Eqal memilih untuk menjadi pilot di Kidzania tu katanya nak jadi macam Adam(Aaron Aziz) dalam drama Adam Dan Hawa.. Adessss besar juga impak drama ni pada kanak kanak kan.. Fuhh kalaulah anak mak sorang ni dapat jadi pilot sukaaaaaaaaaaanya makkk.. boleh dapat tiket free setahun sekali hehe..

Tak tahan bila Eqal suka buat mimik muka meroyan macam mak juga adesss like mother like son kan wahahaha

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w

Seperti biasa bila kerja kerja dah siap barulah Mak Dara menskodeng ke blog, Instagram dan Facebook. Dan tengah Mak Dara scroll news feed tetiba mak dara terpandang ke arah satu gambar yang dikongsi oleh salah sorang teman Mak Dara . Iaitu sebuah gambar dari sebuah page "Cari Jodoh Online" . Dan Mak rasa terpanggil untuk kongsikan bersama anda semua hari ni.. Ia mengenai "Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w oleh Ustaz Don Daniyal...


pic credit to "Cari Jodoh Online"

Waduhhhh sungguh indahnya cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ini. Jika adalah pasangan yang mengamalkan kesemua sepuluh yang tertera itu pasti aman damai rumahtangganya. Haaa ini khas bagi yang bergelar suami isteri sahaja ye.. Yang masih single mingle tu jangan pulak nak buat hokay :P

Rasanya antara sepuluh yang dinyatakan diatas yang masih mak dara dan somi praktikkan setelah 16 tahun berkahwin adalah dalam 3 perkara je kot.. yg lain kena tunggu birthday atau anniversary je lah wahahahahaha statement tak hengat kannnnnn.. Ok lah kan dari takde langsung wahaha.. Anda pulak berapa? haaa kongsikan di kotak komen di bawah ye..


Bila Dah Kering Idea Menulis Entry

Bila Dah Kering Idea Menulis Entry...

Termenunglah pablas hari pablas malam pun idea tetap tak datang...

Bila Dah Kering Idea Menulis Entry...

Jerit lah sampai satu kampung dengar, tapi idea tetap takde...

Bila Dah Kering Idea Menulis Entry...

Buatlah muka duckface sampai naik kejong otot pipi
tapi idea tetap tak mari mari..

Jika semua itu berlaku pada kita.. MAKNANYA.............
Tak payah le paksa diri nak menghapdet blog.. bebawak le berehat.. Esok mungkin Idea tu datang....



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK