Assalam duhai teman... Sebentar tadi.. Terkejut Mak Dara apabila terbaca status dari kenalan Mak Dara di Facebook dengan memberitahu bahawa Ibu kepada teman baik Mak Dara iaitu Fiza telah kembali kerahmatullah baru sebentar tadi..

MD, Somi dan teman baik MD iaitu Fiza
Fiza merupakan seorang blogger yang dikenali sebagai AKU FIZA dan pemilik kepada blog Only Me). Selain teman baik, Fiza juga amat akrab dengan seluruh keluarga Mak Dara dan kami dah anggap Fiza seperti keluarga kami sendiri. Fiza antara teman yang berada di sisi kami sekeluarga tatkala Mak Dara dan keluarga kehilangan arwah ayah 5 bulan yang lalu.. Dia antara yang selalu memberi kata kata semangat dan sokongan moral buat kami sekeluarga.. Sedih juga bila membaca entry yang ditulis oleh Fiza semasa menemani ibunya di hospital tak lama dulu di entry INI.
Salam Takziah kepada Fiza sekeluarga.. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Mari sama sama kita sedekahkan al fatihah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH