Thursday, March 14, 2013

PLANET KIARA

Planet Kiara mengisahkan sebuah robot bernama PSN-ONE yang dicipta khas oleh Profesor Zul bertujuan untuk menangani masalah harian dengan menggunakan penyelesaian ilmu sains. Kepandaian PSN-ONE telah mendapat perhatian Profesor El Cid. Ini membuatkan Profesor El Cid mengarahkan orang suruhannya, Rossa menculik PSN-ONE.

PSN-ONE berjaya melarikan diri daripada Profesor El Cid dan Rossa hingga menemukannya dengan kanak kanak berusia 10 tahun iaitu Aril dan keluarganya. Kehadiran PSN-ONE dalam keluarga Aril ternyata melengkapkan lagi keluarga yang sering mempraktikkan gaya hidup serba moden dan canggih ini.

Mereka sering menggunakan gajet terkini serta mengaplikasi ilmu sains dalam kehidupan seharian mereka. Namun, ada kalanya pelbagai masalah dihadapi mereka dalam mengharungi kehidupan seharian.

Dengan bantuan PSN ONE, berjayakah mereka menangani masalah-masalah harian menggunakan penyelesaian ilmu sains? Di samping itu, berjayakah PSN-ONE menggagalkan rancangan Rossa untuk menculiknya? Apakah sebenarnya yang dimahukan Profsor El Cid dari PSN-ONE?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Planet Kiara 13 episod yang menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Firdaus Ghufran, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Tayangan adalah setiap Khamis, jam 6.30 petang hanya di TV3!


LUNCH BERSAMA TERSAYANG @TGIF

Hari ni mak dara bwrkesempatan lunch dengan somi mak di TGIF di Wangsa Walk Mall.. Bukan senang nak keluar dengan aomi mak ni bz je memanjang hehe.. Hari ni memang nak spend the whole day dengan somi sebab esok dia akan outstation keluar negara selama sebulan lamanya.. Kompom bertambah meroyan le mak lepas ni hehehe


PENCARIAN SPONSOR TERHEBAT DITUTUP!

As salam duhai teman . 
Beberapa hari yang lalu Mak Dara telah mengambil keputusan untuk membuat Giveaway dan apa yang menarik untuk seseorang menyertai mana mana GA sudah pastinyalah hadiah hadiahnya kan.. Maka Mak Dara pun saja saja lah membuat satu entry bertajuk SPONSOR.. SPONSOR.. SPONSOR.. Entry untuk mencari para sponsor merangkap penaja untuk menaja hadiah untuk Giveaway yang bakal Mak Dara adakan tak lama lagi.. And beyond my wildest dream to get an overwhelming responds.. haa kau speaking london haha..

Memang tak sangka lah habaq hang... kata orang kedah.. Mak Dara menerima lebih dari 20 penaja dan hadiah yang melebihi 50 buah hadiah...  Mari kita lihat senarai SPONSOR TERHEBAT dan hadiah yang bakal mereka tajakan untuk GA Mak Dara ini..

SENARAI SPONSOR


topup RM3 
topup RM5 
 Bloglist
2 X DiGi TOPUP RM5 
Sebuah Buku/Novel keagamaan
topup RM3 X 3 Pemenang
Bloglist X 5 Pemenang
WANG TUNAI 
Dua Helai Baju Pelplum
Sebuah Buku Resepi Masakan
# 9 mamahannybunny
1X Whiterning Soap with 24k gold 
#10 Si Matatajam
surah yassin & Al Mathurat X 2 pemenang
Doodle X 1
#12 Aiman Aziz
Blog Review X 3 Pemenang
#13 SuWaRa Entertainment
pen sarawak  X 1 Pemenang
buku keagamaan X 1 Pemenang
bekas perhiasan kaca X 1 Pemenang
Pure marine collagen X 1 Pemenang
#15 Syida Rasyida
Review Blog X 1 Pemenang
Purse X 2 Pemenang
#16 Hana Maroo
Shawl X 1 Pemenang
# 17 Datin Tyka
Buku Motivasi X 1 Pemenang


Pakaian Wanita X 1 Pemenang

pallazo pant  X 1 Pemenang
#20 Zamani Abe
Buku keagamaan "101 Rekreasi Hati" 
X 1 Pemenang
#21 Mrs Valentine
Bloglist X 5 Pemenang
Shawl X 1
topup maxis / digi / celcom rm30 x 1 Pemenang
Bag Tangan Wanita X 1 Pemenang
Top Up RM5 X 1 Pemenang
Shawl X 1 Pemenang
Shawl X 1 Pemenang
2 Key chain istimewa KA,
Bloglist X 2 Pemenang
Topup RM 5 X 2 Pemenang
Bloglist X 1
beberapa souvenir dari Jenama Intel

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 30 penaja yang sudi untuk sponsor hadiah hadiah yang sungguh awesome ini.. Mak benar benar terharu dengan kesudian, keikhlasan dan kesupportan err ada ke hehe anda semua terhadap Mak dara yang meroyan ini.. Semoga anda semua murah rezeki selalu amin..  You guys are the bestttt.. From the bottom of my heart I thank you.. Mari kita jayakan GA ini bersama sama ya.. 

Mak Dara ingin mohon maaf dan mengulur sepuluh jari dari hujung rambut ke hujung kaki kepada hampir 20 pihak pihak yang ingin menaja GA mak dara namun tak dapat mak menerima tajaan anda atas syarat syarat yang telah diletakkan itu ini kerana mak tidak mahu memberi sebarang tekanan atau membebankan para peserta kelak.. Semoga anda faham situasi mak dara ini ya.. Namun niat anda amat amat mak dara hargai.. Semoga jangan ada yang berkecil hati , bekecil siku, berkecil dagu, mengecil buncit terhadap mak dara ya..Dan semoga kita dapat bertemu di GA yang akan datang... 

Dengan ini Mak Dara umumkan bahawa PENCARIAN SPONSOR TEHEBAT DITUTUP! 
Nantikan MAK DARA FABULOIS GIVEAWAY 
tak lama saja lagi.. Tungguuuuuuuu!!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK