Saturday, March 16, 2013

Meroyan Tahap Kronik!

Bila Meroyan Tahap Kronik Melanda.. 
Blog jadi MANGSA!!!!! hahahaha 



KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD

As salam duhai teman..
Hari ini hari kedua Somi Mak Dara telah meninggalkan Mak atas urusan kerja.. Somi Mak Dara akan shooting dan mengarahkan sebuah rancangan berbentuk TRAVEL iaitu Sebuah Rancangan Realiti pengembaraan 13 episod merentas semenanjung Malaysia & menuju ke kawasan utara Asia Tenggara meliputi 5 buah negara termasuk Malaysia dan rancangan bersiri itu  bertajuk KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD

 

Pengacara _ Nazri Arshad

Ha itu lah wajah pengacaranya iaitu Nazri Arshad aka Moji. Nak tahu macam mana mak dara dan somi bertemu dengan Moji. Sebenarnya Mak Dara yang temui Moji dahulu di laman group FB iaitu page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB milik somi Mak Dara. 

Cover Photo


Club ini khas buat orang yang kaki travel secara Backpacking. Dan dalam wall page itu Moji telah sharekan video pengembaraannya ke merata dunia di youtube.. Apa lagi Mak pun terjah le...


Haaaa kelakorrrrkan video ni.. Moji ni memang berbakat besar dan video pengembaraannya sangat besttttt... Apa lagi Mak Dara terus khaborkan pada somi mak mengenai Moji dan videonya tu. Pendek cerita tak lama lepas tu kami pun bertemu di sebuah kedai mamak di Damansara.

Akhirnya kami mengetahui bahawa Moji seorang pemain yoyo peringkat antarabangsa dan dia banyak mengembara ke serata dunia untuk membuat persembahan yoyonya itu. Dan video yang kami tonton tu adalah salah satu dari banyakkkkkk video yang telah dibuatnya sepanjang dia mengembara serata dunia itu. Di malam itu juga somi Mak Dara offer Moji untuk membuat rancangan pengembaraan untuk RTM. Dan nak dipendekkan lagi cerita yang sudah  tak berapa pendeknya Moji setuju dan setelah hampir setahun maka semalam mereka menjalani penggambaraan itu.. Fuhhh jangan ingat senang nak buat sesuatu rancangan di TV semuanya agak rumit dan perlu melalui banyak proses. Namun berkat kesabaran semua orang syukur alhamdullilah impian kini semakin menuju kenyataan.

Dalam rancangan KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD ini Moji akan mengembara Solo secara Backpacking. Berbekalkan wang saku yang minimal & beliau akan mengembara melalui jalan darat.

Memanggg menarikkk rancangan ni.. Dan somi Mak Dara akan jadi pengarah dan penulis skrip untuk Rancangan ini. Hari ini mereka mulai shooting di beberapa kawasan di Thailand.. 

Somi Mak Martias Ali berbaju hijau bersama Bai Cameraman, krew krew dan Moji 

Doakan semoga penggambaran mereka berjaya ya... Opss lupa pulak Mak Dara nak khaborkan yang Moji ni juga seorang blogger.. Moh le ramai ramai kita terjah ke blog dia jommm... @ http://moji16.blogspot.com/

moji

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK